Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gempa: 17 Masih Hilang...

RANAU - Empat belas pendaki Gunung Kinabalu dan tiga malim gunung dilaporkan hilang...

Nahas Kereta ‘Paling Mahal’...

BEIJING - Seorang lelaki berusia 26 tahun ‘meranapkan’ kereta mewah buatan Sweden, Koenigsegg...

“Saya Dilayan Seperti Seorang...

MAROUANE Fellaini berkata dia dilayan seperti seorang 'pembunuh' ketika di England dan tidak...

Penjual Telefon Dibelasah Kerana...

Nasib malang menimpa seorang penjual telefon bimbit apabila dia dipukul dan diikat oleh...

Rakyat Yang Kalahkan Pakatan Jahat – Puad

KUALA LUMPUR – DAP tidak sewajarnya melemparkan pelbagai fitnah ke atas Barisan Nasional (BN) gara-gara Pakatan Harapan mengalami kekalahan mengaibkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar serta Kuala Kangsar.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Mohd. Puad Zarkarshi berkata, DAP seharusnya menyedari bahawa mereka dikalahkan oleh oleh rakyat yang mula menyedari bahawa gabungan parti pembangkang itu sebenarnya merupakan pakatan yang jahat.

“Langit tidak selalu cerah untuk DAP. Mereka tidak mahu mengalah dengan signal rakyat yang sudah bermula di Teluk Intan. DAP lupa bahawa merekalah yang membawa kejahatan kerana suka memfitnah dan berbohong. Kejahatan merekalah yang dikalahkan oleh rakyat di Teluk Intan, Sarawak, Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Puad meminta pemimpin DAP Selangor, Tony Pua jangan menghina rakyat dengan mendakwa kononnya mereka tidak bijak kerana mengundi BN, mempertikaikan demokrasi dan mahu rakyat menuruti telunjuk dan pembohongan mereka.

Kata beliau, Tony Pua perlu menerima hakikat bahawa rakyat sudah muak dengan pembohongan DAP kerana itu rakyat Sarawak turut menolak DAP hingga menyebabkan DAP kehilangan lima kerusi dalam PRN Sarawak yang lalu.


“Dan kenapa pembohongan yang sama mahu dibawa terus ke Sungai Besar dan Kuala Kangsar iaitu cerita yang sama yang tidak pernah dibuktikan. Apakah rakyat yang tidak sedar atau Tony Pua dan DAP yang tidak mahu sedar bahawa rakyat tidak percaya cerita bohong mereka itu.

“Siapa yang merompak hasil titik peluh rakyat? Sedarkah DAP bahawa kerajaan BN banyak memberi insentif, subsidi dan kemudahan kredit yang lain termasuk BRIM untuk rakyat. Kenapa DAP berdiam diri di atas penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan di Pulau Pinang dan Selangor?” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori