Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Calon PRU15 Didakwa Tipu

Jeli : Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

2,112 Sembuh, 3 Kematian,...

KUALA LUMPUR - Seramai 2,112 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh sepenuhnya, sekali lagi mengatasi...

TH Teruskan Usaha Cari...

MAKKAH - Tabung Haji (TH) tidak melaksanakan badal haji untuk dua jemaah Malaysia...

PM Setuju Tempatkan Atase...

SERDANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara dasarnya bersetuju dengan...

Rakyat Tunggu Berita Gembira Dari Kerajaan Keluarga Malaysia

BARU sahaja rakyat bergembira dengan pemberian Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang diberikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan satu lagi khabar gembira.

Dimaklumkan Kerajaan Keluarga Malaysia di bawah pimpinan beliau akan mengumumkan pelbagai lagi bantuan lain kepada rakyat bermula bulan depan iaitu pada Oktober.

Rakyat sentiasa menanti-nantikan pengumuman rasmi yang akan membawakan kegembiraan kepada seluruh masyarakat di negara ini.

Menurut laporan media, Menteri Kewangan,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan bahawa kerajaan akan mengagihkan pelbagai bentuk bantuan yang dirancang sehingga hujung tahun ini.

Antara bantuan yang akan diagihkan kerajaan ialah Bantuan Prihatin Rakyat fasa 3 berjumlah RM2.32 bilion yang akan disalurkan pada akhir bulan ini dan bantuan kehilangan pendapatan pada Oktober.

Dalam keadaan yang sukar ini, bantuan merupakan satu perkara penting bagi memastikan setiap individu terkesan dapat menampung kehidupan mereka sebelum keadaan menjadi pulih seperti sedia kala.


Bagi mereka yang kehilangan mata pencarian terutama yang dibuang kerja dan peniaga kecil, ini merupakan perkara yang ditunggu-tunggu bagi memberi sedikit nafas untuk menyara kehidupan sendiri dan keluarga.

Pada Isnin, BKC mula disalurkan kepada penerima secara berperingkat bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

Ismail Sabri berkata, semoga apa yang diberikan kerajaan hari ini, walaupun mungkin tidak begitu besar tetapi sekurang-kurangnya dapat bantu mengurangkan perbelanjaan ketika ini.

Diharapkan BKC ini berjaya menambahkan keyakinan kepada rakyat untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi memulihkan ekonomi yang terkesan akibat wabak Covid-19.

Bukan itu sahaja, ramai juga turut mengharapkan agar kerajaan berjaya mengembangkan semula ekonomi yang kini dilihat dalam keadaan yang merisaukan. – Sinar Harian

Kategori