Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jawatan Ahli Majlis PBT...

IPOH - Jawatan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap daerah di...

K’jaan Sedia Import Barang...

BERA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia mengimport lebih banyak barang...

Jaga-Jaga! Ada Mata Perhati...

APABILA berhadapan dengan kesesakan lalu lintas sudah tentu ada pemandu yang tidak bertanggungjawab akan...

3 Bot Nelayan Ditahan...

JOHOR BAHARU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor Baharu (DM 6) menahan...

Rakyat Terus Berhati-Hati Keadaan Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR – Kebanyakan rakyat Malaysia terus berhati-hati dengan keadaan ekonomi negara walaupun terdapat petunjuk positif, menurut firma penyelidikan pasaran global, Nielsen.

Dalam kenyataan hari ini, katanya ramai rakyat Malaysia masih percaya negara sedang mengalami kemelesetan, menunjukkan kesan daripada ekonomi yang bertambah baik masih belum dirasai sepenuhnya.

Kaji Selidik Global Keyakinan Pengguna dan Hasrat Perbelanjaan Nielsen yang terkini menunjukkan pada suku ketiga 2017, tahap keyakinan pengguna terhadap Malaysia mencatatkan skor indeks sebanyak 93 mata peratusan (pp), susut satu mata berbanding pada suku kedua.

Pengarah Urusan Nielsen Malaysia, Raphael Pereda berkata walaupun angka tersebut di bawah paras neutral, ia kekal pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun.

Beliau berkata walaupun tiada indeks prestasi utama ekonomi menunjukkan negara dalam kemelesetan, pengguna masih mempunyai pandangan yang tidak yakin dengan keadaan semasa dan masa depan negara.


Pereda berkata ekonomi Malaysia terus menunjukkan tanda-tanda kukuh bagi pertumbuhan positif, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.2 peratus pada suku ketiga.

“Sentimen lebih tinggi dilihat sejak beberapa suku tahun yang lepas, selain peningkatan yang berterusan dalam KPI yang turut membawa kepada pertumbuhan pada suku pertama dalam kategori Barangan Pengguna Laris,” katanya. – BERNAMA

Kategori