Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Keji Bantu Anak...

GILA...seorang ibu yang menjalinkan hubungan sumbang mahram dengan anak saudaranya telah membantu lelaki...

5 Polis Ditahan Bantu...

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang menahan lima anggotanya semalam bagi membantu siasatan...

Pasukan Forensik Bomba Turut...

KUALA LUMPUR: Pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berada di Blok...

Najib Minta Cari ‘Kepala’...

KUALA PERLIS - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengarahkan pihak berkuasa...

Rakyat Teruja PM Turun Ke Lembah Pantai, BTR

KUALA LUMPUR – Meskipun hari ini merupakan hari cuti, Perdana Menteri sempat turun padang luang masa berjumpa rakyat di kawasan Parlimen Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak (BTR) di ibu negara.

Terdahulu Datuk Seri Najib Razak sibuk merasmikan sambutan Hari Pekerja kali ke-46 dihadiri kira-kira 5,000 penjawat dari pelbagai sektor hadir di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Setelah itu, beliau berkunjung ke Apartmen Pantai Indah Fasa 2, Pantai Dalam bagi beramah mesra dengan penduduk di sekitar Lembah Pantai dalam Program Gotong Royong Perdana Dan Santai Bersama dirinya.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Pengerusi Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga mesra dikenali sebagai RNC.

Hadirin terutamanya kaum wanita sangat bersemangat dan tidak sabar menemui Perdana Menteri dan Pengerusi BN kawasan itu. Slogan ‘RNC Hebat’ dilaungkan berulang kali dengan tepukan gemuruh oleh rakyat yang hadir.

Dalam majlis tersebut, Najib menbuat kejutran dengan mengumumkan sumbangan sebanyak RM1 juta bakal diberikan untuk kerja penyelenggaraan kawasan Taman Pantai Indah berkenaan sebagai ganjaran buat rakyat.

Perdana Menteri sempat beramah mesra bersama masyarakat Lembah Pantai.

Selepas majlis, beliau bergegas ke Bandar Tun Razak untuk beramah mesra dengan rakyat apabila hadiri Majlis Minum Petang Bersama dan calon BN Parlimen Bandar Tun Razak, Adnan Seman di perkarangan Flat Sri Johor.

Rakyat yang hadir terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India pada majlis tersebut tidak lepas peluang untuk bersalaman bersama Najib sambil melaungkan “BN BTR” ketika Perdana Menteri itu tiba di kawasan tersebut.

Selain Tengku Adnan, hadir sama ialah Setiausaha BN Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Mokhtar yang juga Ketua UMNO Bahagian selain Pengerusi MCA Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Chew Yin Keen.

Ketika berucap, Najib sempat menasihatkan rakyat untuk memilih calon yang mampu membawa agenda untuk rakyat dan bukan memperjuangkan agenda sendiri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Kehadiran di dua kawasan berkenaan membawa berita gembira buat rakyat apabila beliau turut mengumumkan kenaikan gaji minimum jika BN menang Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.


“Tanpa perlu menunggu 22 tahun, saya mengumumkan kadar gaji RM900 untuk Semenanjung, manakala RM800 bagi Sabah dan Sarawak dilaksana menerusi Dasar Gaji Minimum Kebangsaan semasa membentangkan Bajet 2011 pada Oktober 2010.

“Saya akan menaikkan gaji minimum ketika ini, iaitu RM1,000 untuk Semenanjung, manakala RM920 bagi Sabah dan Sarawak kepada kadar baharu yang akan diumumkan pada tahun ini juga.

“Jika nak kadarnya lebih tinggi, kena undi dan bagi menang Barisan Nasional (BN) dululah,” katanya mengulangi semula ketika berucap di PWTC.

Kerusi Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak, masing-masing ketika ini di bawah wakil pembangkang sejak dua penggal lalu.

Najib yakin dengan calon BN yang berwibawa bertanding pada PRU14 ini di dua-dua kawasan, mampu mengubah sejarah dan mengembalikan kuasa pemerintahan kepada BN. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori