Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tarif Elektrik Malaysia Antara...

KUALA LUMPUR – Tarif elektrik di Malaysia untuk segmen pengguna, kediaman, perindustrian dan komersil adalah antara...

Angka Kematian Ebola Meningkat...

GENEVA - Angka kematian disebabkan wabak Ebola di barat Afrika kini meningkat kepada...

Isu Palestin: Jews News...

KUALA LUMPUR-Sebuah akaun Facebook berita Yahudi, Jews News, telah menjadi batu api apabila...

Penganggur Dijel 10 Bulan...

KUALA LUMPUR - Akibat menceroboh masuk ke dalam rumah seorang jururawat, seorang penganggur...

Rakyat Tertipu Masih Ada Masa Tebus Kesalahan

SEMALAM tanggal 1 September bermula pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dimansuhkan.

Kenaikan harga barangan sejurus SST dikenakan dan harga yang tidak turun seperti dijanjikan sebenarnya sudah mencetuskan bibit rasa tidak puas hati rakyat termasuk yang menyokong kuat Pakatan Harapan (PH).

Sebenarnya, pemahaman orang ramai semasa kempen pilihan raya dulu untuk menghapuskan GST ialah selepas cukai itu dihapuskan, tidak ada cukai lain lagi dikenakan.

Pada masa itu, kerajaan Barisan Nasional dituduh akan menaikkan kadar GST kepada 9 peratus jika menang pilihan raya.

Sentimen pada masa itu ialah BN akan terus menjerut rakyat dengan cukai lebih tinggi, padahal GST pada 6 peratus pun didakwa sudah menjadikan rakyat menderita.

Ramai yang sebenarnya tidak susah seperti yang didakwa, tetapi tetap merungut kerana terpaksa membayar GST kerana sudah benci pada kerajaan BN dan terpesona dengan mesej PH.

Tetapi sejak semalam, mereka sudah tersentak dengan realiti baru yang terpaksa dihadapi; membayar jumlah yang lebih tinggi daripada GST dulu.

Menambahkan lagi pedih luka, mereka terpaksa menahan malu apabila tular di media sosial sindiran dan kecaman apabila SST berkuat kuasa.

Tidak ada hujah pula untuk mempertahankan kerajaan yang mereka harap akan meringankan beban rakyat seperti yang dijaja sebelum pilihan raya.

Kementerian Kewangan sendiri menerbitkan infografik yang salah sehingga terpaksa ditarik balik selepas dikecam ramai.


Rakyat yang menyokong PH sebenarnya sudah ramai yang rasa tertipu tetapi menguatkan semangat terus mempertahankan kerajaan yang mereka sokong kerana ego.

Ada yang tidak mempertahankan tetapi berdiam diri, juga kerana tidak mahu menunjukkan yang mereka tersilap.

Kebimbangan dan ego mengakui kesilapan ini berpunca daripada sikap berlebihan dan melampaui batas semasa berkempen dulu.

Dulu mereka mengutuk kerajaan BN seolah-olah tidak ada sezarah kebaikan pun, dan mengangkat PH setinggi-tingginya seolah-olah suci dan pasti akan membela nasib rakyat jika memerintah.

Ramai daripada mereka ini malah melukakan hati ahli keluarga sendiri semasa berkempen dulu.

Sekarang ini ramai yang tidak dapat lagi memujuk hati dengan mengatakan tetap berpuas hati kerana sudah berjaya “menjatuhkan Najib.”

Rakyat yang tertipu kerana pengetahuan dan pengalaman yang terhad dalam memahami politik boleh dan perlu menebus kesalahan.

Kalau pun tidak mahu mengakui kesalahan, mereka boleh sekurang-kurangnya berdiam diri dan berehat dahulu, dan kemudian kembali bangkit bersikap adil dengan menjadi suara rakyat yang sebenar dan bukan semata-mata jadi alat politik.

Rakyat yang tertipu ini boleh bersuara pula terhadap kerajaan PH, dan mengakui kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini. – Mynewshub.tv

Kategori