Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Keppel Ikut Jadual Bagi...

SINGAPURA - Keppel Shipyard Ltd, Singapura sedang mengikuti jadual bagi penyiapan kapal Pemunggahan...

TH Disaran Turut Beri...

KUALA LUMPUR — Lembaga Tabung Haji (TH) disaran memberikan subsidi juga kepada pencarumnya...

PM Ucap Tahniah Qobin...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan tahniah...

Jabatan Pertanian Kulim Sasar...

KULIM - Jabatan Pertanian Daerah Kulim menyasarkan penanaman durian berkualiti tinggi di daerah...

Rakyat Tak Perlu Jadi Hakim Kes Najib – Hadi

MARANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menjadikan rakyat sebagai ‘hakim’ untuk menilai rakaman audio membabitkan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn. Bhd.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berkata SPRM sepatutnya menggunakan saluran pihak berkuasa dan badan kehakiman untuk menegakkan keadilan berhubung sesuatu kes atau konspirasi jenayah.

“Rakaman audio tidak boleh jadi saksi, tetapi hanya satu keterangan yang perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat.

“Jadi, serahkan kepada polis, Jabatan Peguam Negara atau badan kehakiman untuk siasat dan menilai, bukan rakyat yang perlu buat keputusan. Kita ada mahkamah dan institusi menguatkuasakan undang-undang

“Rakyat jadi hakim ketika pilihan raya saja. Kes yang berkait individu tidak boleh serah pada rakyat menilai,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Rusila, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan SPRM mendedahkan kepada umum sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.

Pada sidang media khas di Putrajaya, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, memperdengarkan klip audio perbualan berkaitan kes skandal 1MDB dan SRC International.


Antaranya, rakaman percakapan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, mendedahkan maklumat siasatan mengenai skandal dana 1MDB kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 2016.

Hadi berkata, beliau yakin isu berkenaan tidak menjejaskan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kimanis yang semakin hampir, kerana rakyat semakin bijak menilai.

“Keputusan PRK Kimanis bergantung kepada kempen yang lebih memfokus kepada isu tempatan,” katanya.

Sementara itu, mengulas pertemuan pimpinan PAS dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, beliau berkata ia banyak berkisar kepada pandangan mengenai isu agama dan perpaduan kaum serta kesejahteraan rakyat negara ini.

Kategori