Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KPM, Jakim Tentukan Terma...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan berbincang berhubung...

Chef Nik Michael Sah...

CHEF selebriti, Nik Michael Imran menamatkan zaman bujangnya dengan menikahi Siti Nadiah Shahril...

Nik Abduh Ejek DAP...

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS yang baharu, Nik Mohamad Abduh Nik...

FOTO: Hanez, Romie Kata...

Setelah berteka-teki selama beberapa bulan, akhirnya pelakon sensasi, Hanez Suraya Abd Aziz, 29,...

Rakyat Tak Dibenarkan Pilih Jenis Vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan tidak membenarkan rakyat di negara ini memilih jenis vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keputusan tersebut dibuat bertujuan mempercepatkan proses pemberian vaksin.

“Memang (sebelum ini) kita berfikir untuk memberi pilihan (jenis vaksin) tetapi buat masa ini kita mengutamakan untuk mempercepatkan proses pemberian vaksin. Sekiranya diberikan pilihan, ia akan melambatkan (proses vaksinasi).

“Keutamaan sekarang ialah meningkatkan jumlah vaksinasi. Jadi kita akan beri apa yang kita ada,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini pada Ahad.

Pada Khamis, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa orang ramai berkemungkinan boleh memilih untuk menerima vaksin Covid-19 yang dikehendaki menerusi kemudahan yang akan dilaksanakan di aplikasi MySejahtera dalam masa terdekat.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang meneliti perkara tersebut dengan turut melihat kepada penambahbaikan aplikasi itu. – Sinar Harian

Kategori