Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suri Rumah Ditahan Beri...

JOHOR BAHRU – Seorang suri rumah yang merupakan saksi penting bagi dua kes...

3 Lelaki Ditahan Dalam...

KUALA LUMPUR - Dalam tempoh kira-kira 30 minit, polis berjaya menahan tiga lelaki...

Jom Pekena Cucur Ikan...

Bagi penulis, cucur ikan bilis ni memang menjadi kegemaran sejak dari kecil sehinggalah...

RM587,000 ‘Bayaran’ Kerana Selfie...

SAN DIEGO - Seorang lelaki nyaris maut selepas dipatuk ketika merakam gambar dengan...

Rakyat Sabah Nyatakan Sokongan Kepada BN

SANDAKAN – Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman berkata rakyat Sabah menyatakan akan terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Beliau berkata perkara itu dinyatakan mereka kepadanya sepanjang lawatannya ke beberapa tempat di negeri ini selepas penamaan calon PRU14 Sabtu lepas.

“Mengapa, kerana mereka sedar kerajaan BN yang baik dan membantu rakyat walau mereka berada di darat dan pulau.

“Kita (pemimpin BN) ada rekod baik dalam melaksanakan pembangunan untuk rakyat kerana kita adalah kerajaan yang mengotakan janji yang diberikan kepada rakyat,” katanya pada majlis pecah tanah Kompleks Pusat Islam Libaran di sini, hari ini.

Musa yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga berkata rakyat Sabah pandai menilai kerajaan yang dapat memberi kebaikan kepada mereka.

Justeru, katanya, BN akan meneruskan perjuangan melaksanakan pembangunan di negeri ini dan membela nasib rakyat yang merupakan agenda berterusan.

“Perjuangan itu dapat dijadikan kenyataan kerana ada kerajaan dan pemimpin yang baik sentiasa dengar keluhan rakyat,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Musa yang juga pengerusi BN Sabah menyifatkan tindakan beberapa pemimpin dan anggota parti pembangkang di beberapa daerah di negeri ini keluar parti baru-baru ini jelas membuktikan mereka sedar bahawa perjuangan parti pembangkang tidak ikhlas.


Katanya tindakan mereka memberikan sokongan kepada BN disebabkan mereka sedar bahawa perjuangan BN yang ikhlas untuk rakyat.

Justeru, Musa menzahirkan keyakinan bahawa BN akan memperolehi kejayaan besar dalam PRU14 ini.

Selepas majlis itu juga, Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Mustafah Talib dan Ketua Bahagian Parti Harapan Rakyat Sabah Batu Sapi, Basri Ibrahim berjumpa Musa bagi menyatakan sokongan kepada BN.

Mustafah bersama-sama 1,360 anggota PKR dan Basri bersama-sama 1,120 anggota Parti Harapan Rakyat Sabah mengumumkan keluar daripada parti masing-masing. – BERNAMA

Kategori