Rakyat Perlis Main Peranan Kekalkan Status Zon Hijau

PUTRAJAYA – Rakyat Perlis disaran memainkan peranan penting bagi memastikan negeri tersebut kekal sebagai zon hijau.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di Facebooknya berkata, hanya Perlis satu-satunya negeri yang masih kekal sebagai zon hijau bagi tempoh lebih 28 hari.

“Perkasakan masyarakat dan komuniti setempat (untuk) bebas dari Covid-19,” katanya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat CPRC Kebangsaan yang bertarikh 21 April lalu menunjukkan negeri itu bebas dari kes aktif sepenuhnya.

Sebanyak 18 kes positif Covid-19 direkodkan di negeri tersebut.

Selain Perlis, Kelantan dan Kedah turut diletakkan di bawah zon hijau selepas tiada kes aktif pada penghujung April.

Bagaimanapun, kedua-dua negeri terbabit bertukar status menjadi zon kuning selepas masing-masing merekodkan satu kes positif baharu kelmarin.

Ia membabitkan seorang wabita hamil 35 minggu yang pulang ke kampungnya di Sungai Durian Kuala Krai bagi melahirkan anak keduanya.

Dia kemudiannya disahkan positif Covid-19 ketika pemeriksaan rutin di Klinik Ibu dan Anak.

Di Kedah pula, seorang pelajar universiti yang sedang dikuarantin untuk dibawa pulang ke Sabah dan Sarawak disahkan positif Covid-19.

Punca jangkitan kedua-dua kes masih dalam siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebelum ini, Dr Noor Hisham menyeru orang ramai agar melindungi zon hijau daripada dijangkiti pandemik itu.

Loading...