Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lebih 7.5 Juta Pengguna...

KEPALA BATAS - Lebih 7.5 juta pengguna pelbagai perkhidmatan dan kemudahan di lapan...

TERKINI: Operasi Menyelamat Berakhir...

ISTANBUL : Operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi dijangka ditamatkan di seluruh...

Lebih 1,000 Penduduk 8...

CHANGLUN - Lebih 1,000 penduduk dari lapan buah kampung di sini dilapor terjejas...

Warga Arab Sukakan Suasana...

MUSLIM Imran telah menyambut Ramadan dan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan di Malaysia sejak...

Tangguh Lawatan Tak Penting Ke Bali

PUTRAJAYA – Kementerian Luar hari ini menasihati rakyat Malaysia menangguhkan lawatan tidak penting ke Bali berikutan gunung berapi Gunung Agung semakin aktif dengan letusan berterusan sejak Ahad.

Dalam satu kenyataan di sini, Wisma Putra berkata kedutaannya di Jakarta memantau rapi perkembangan Gunung Agung sejak letusan pertama dilaporkan pada 21 Nov.

“Letusan itu menjejaskan kawasan sekitar Kabupaten Karangasem, menyebabkan pembatalan penerbangan ke dan dari Bali serta penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai. Sehubungan itu, rakyat Malaysia dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan tidak penting ke Bali,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Wisma Putra turut menasihatkan rakyat Malaysia yang terjejas dengan bencana agar menghubungi Kedutaan Malaysia di Jakarta serta mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.


Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Jakarta menerusi +62 215 224 947 atau +62 813 808 130 36 (selepas waktu bekerja) atau e-mel: [email protected]. atau Konsul Kehormat Malaysia di Bali menerusi +62 361 973 182 atau +62 812 371 540 50 atau e-mel: [email protected]. -BERNAMA

Kategori