Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ustaz Dakwa Ezad Lazim...

PELAKON dan penyanyi Ezad Lazim yang kini sedang sakit dilaporkan terpaksa pulang ke...

Annuar Bidas Tun M...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa membidas sikap bekas...

Bantu Warga Emas, Pemandu...

SEORANG pemandu bas di China menjadi perhatian netizen negara itu kerana kemurnian hatinya...

Mahkamah Sahkan Hukuman Penjara...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini mengesahkan hukuman penjara 18 tahun terhadap seorang...

Rakyat Mexico Tuntut Trump Tunjukkan Rasa Hormat

BANDAR RAYA MEXICO – Puluhan ribu penduduk Mexico di 18 buah bandar mengadakan perhimpunan mendesak Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump “hormati” rakyat negara itu sambil melaungkan slogan perpaduan serta mengetuk dinding tanda simbolik bantahan terhadap hasrat AS untuk membina tembok sempadan antara AS dengan Mexico.

Perhimpunan anjuran pertubuhan awam dengan hastag #VibraMexico memenuhi jalan raya bandar itu sebagai lambang perpaduan dan menuntut hak imigran yang tiada dokumen sah di AS dihormati.

Bandara raya Mexico menyaksikan perhimpunan terbesar dengan disertai hampir 20,000 penduduk, menurut sumber Sekreteriat Keselamatan Awam bandar itu.

Tujuan utama perhimpunan itu adalah simbolik untuk menunjukkan kepada Presiden AS akan kemarahan rakyat di atas perbuatan Trump yang seolah menghina penduduk Mexico, kata seorang perserta perhimpunan kepada EFE.

Peserta lain juga berpendapat sama dan tidak bersetuju dengan dasar Trump dengan menyifatkan beliau sebagai “narsisisme dan orang gila”.


Antara slogan yang dibawa peserta perhimpunan ialah “Bridges, not walls”, “Mexican workers have helped build the US” dan “Make Mexico Great Again”. – BERNAMA

Kategori