Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nafi Sumpah Anak Ifa,...

TULAR menerusi media sosial baru-baru ini mengenai selebriti, Ifa Raziah yang tidak dapat...

Bangkai Lipas, Debu Bulan...

BOSTON, Massachusetts – Bangkai lipas dan debu Bulan yang diekstrak dari badan roket...

Tokoh Agama, Penyanyi Asal...

SINGAPURA – Guru agama serta pembimbing haji dan umrah terkenal di Singapura, Ustaz...

Hukuman Penjara Datuk Ditambah...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk terpaksa meringkuk lebih lama di...

Rakyat Mesti Terus Pantau Menteri Pakatan Harapan

PRESTASI menteri-menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) mesti terus dipantau, dan rakyat mesti terus memberikan kritikan dan pandangan.

PH menjadi kerajaan dengan kempen membanteras korupsi dan membina semula negara, satu misi yang hebat dan mulia.

Tetapi kempen banteras korupsi ini hakikatnya sesuatu yang mudah disebut dalam politik, lebih-lebih lagi semasa tidak menjadi kerajaan.

Apabila disebut mahu melawan korupsi, seolah-oleh pihak tersebut terus menjadi suci dan pihak lawan dianggap korup dan wajib disingkir.

Akhirnya apabila menang, dianggap kerajaan yang bersih sudah berjaya dan dianggap kerajaan itu sebagai kerajaan bersih.

Maka imej ini yang dijaja dan dipertahankan oleh penyokong, sehingga sebarang kritikan dianggap berniat tidak baik.

Dari sinilah timbulnya alasan seperti “sekurang-kurangnya kerajaan yang korup sudah dijatuhkan.”


Ini amat merosakkan kerana mereka yakni kerajaan PH bergantung pada sentimen ini dan dipergunakan sepenuhnya.

Kemudian, apa sahaja kesilapan boleh ditutup dengan “sekurang-kurangnya mereka lebih baik dari dulu.”

Ini kayu ukur yang sangat rendah, sedangkan jika dibandingkan semudah itu, mana-mana pihak yang bertanding hanya perlu berkempen dan berjanji melawan korupsi.

Kerajaan PH makin menghampiri tempoh 100 hari memerintah, dan mesti diukut dengan kayu ukur sebenar sebuah kerajaan.

Tempoh bulan madu sudah lama tamat dan kerajaan mesti diukur berdasarkan prestasi dan bukan janji-janji manis. – Mynewshub.tv

Kategori