Rakyat Menanti Bajet Korban 2019

SEJAK menang Pilihan Raya Umum ke-14 lalu dan membentuk kerajaan, Pakatan Harapan (PH) tidak henti memberi alasan hutang peninggalan kerajaan lama.

Boleh dikatakan hampir semua janji yang gagal dilaksanakan disandarkan pada hutang tinggalan kerajaan Barisan Nasional.

Projek-projek infrastruktur pengangkutan awam juga dihenti dan ditangguh dengan alasan hutang negara banyak.

Selepas GST yang mengutip hasil lebih RM40 bilion dimansuhkan, sememangnya hasil pendapatan kerajaan merosot banyak.

Tidak lama lagi, bajet untuk tahun 2019 akan dibentangkan di Parlimen.

Perbelanjaan untuk negara pada tahun pertama kerajaan PH akan dikemukakan kepada semua untuk dinilai.

Tetapi awal-awal lagi menteri-menteri kerajaan PH sudah memberi gambaran yang negara hampir bankrap, dan rakyat tidak boleh lagi mengharapkan wang percuma daripada kerajaan.

Maksudnya ialah kebajikan rakyat seperti pada zaman Datuk Seri Najib Tun Razak dulu sudah berakhir.

Kerajaan baharu, yang menghapuskan GST, memberi habuan dan balasan kepada kapitalis sudah tidak memandang berat lagi kebajikan rakyat.

Amaran sudah diberikan sejak Mei lagi. Bajet kali ini nanti boleh dijangkakan sebagai bajet bankrap yang seolah-olah satu hukuman kepada rakyat. – Mynewshub.tv

Loading...