Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Lucu! Iklan Hari...

SETIAP kali menjelang musim perayaan tertentu, kita sering disajikan dengan iklan hari raya...

Video: Pakcik Tampar Pengutip...

MUNGKIN berang ditipu, seorang warga emas bertindak menampar pengutip derma di hadapan sebuah...

“Tak Perlu Berbuih Mulut...

KUALA LUMPUR - "Tak perlu berbuih mulut sebut perkara yang tak ada kena...

Hampir Pasti Parlimen Dibubar...

KUALA LUMPUR - Parlimen ke-13 bakal dibubarkan pada hari esok, Jumaat, 6 April,...

Rakyat Malaysia Tak Boleh Lekang Telefon Bimbit

ENAM puluh sembilan peratus daripada rakyat Malaysia dilaporkan berkata mereka tidak dapat berhenti menggunakan telefon bimbit walaupun dalam sehari.

Menurut laporan terkini Limelight Networks Inc. mengenai keadaan gaya hidup digital, rakyat Malaysia paling ketagih dengan peranti digital mereka, diikuti oleh India.

Mengenai e-buku pula, Malaysia mencatat jumlah tertinggi dalam kalangan 10 negara yang ditinjau, dengan 74.7 peratus lebih suka buku digital manakala 25.4 peratus memilih buku fizikal.

Responden di 10 negara iaitu Malaysia, Perancis, Jerman, India, Itali, Jepun, Singapura, Korea Selatan, United Kingdom dan Amerika Syarikat ditanya bagaimana mereka berinteraksi dengan media digital dan kesan teknologi dalam kehidupan mereka.

Limelight Networks dalam satu kenyataan berkata komputer riba dan komputer meja merupakan teknologi terpenting kedua bagi responden Malaysia dengan 43.4 peratus daripada mereka tidak boleh hidup tanpanya.

Berdasarkan laporan itu, muzik juga merupakan kandungan dalam talian yang paling banyak diakses di Malaysia, diikuti dengan filem atau rancangan televisyen dan aplikasi.

Rakyat Malaysia tidak berminat terhadap kandungan berbayar kerana laporan itu mendedahkan bahawa rakyat Malaysia yang paling sedikit bersedia untuk membayar kandungan, sama seperti jiran mereka, Singapura.


Pengarah Kanan Limelight Networks Michael Milligan berkata: “Pengguna makin bergantung pada teknologi digital dalam kehidupan peribadi dan profesional mereka untuk maklumat, hiburan dan memudahkan tugas harian.”

Laporan itu berdasarkan maklum balas daripada 5,000 pengguna di 10 negara berumur 18 tahun ke atas yang telah memuat turun perisian atau streaming video atau muzik dalam talian pada bulan lepas.

Limelight Networks adalah peneraju global dalam penyampaian kandungan digital, memberi kuasa kepada pelanggan untuk lebih menarik penonton dalam talian dengan membolehkan mereka mengurus dan menyampaikan kandungan digital secara selamat, di mana-mana peranti.

Maklumat lanjut mengenainya boleh didapati di www.limelight.com – BERNAMA

Kategori