Rakyat Malaysia Sembuh COVID-19 Selepas 45 Hari Koma

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia yang koma selama 45 hari akibat COVID-19 dan dirawat di Hospital Houssay, Argentina disahkan pulih pada 1 Mei lalu.

Mohd Zaidy Abdul Rahman, 43, dirawat di hospital itu sejak 15 Mac lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) serta memerlukan mesin bantuan pernafasan.

Wisma Putra dalam satu kenyataan kepada BH berkata Mohd Zaidy dirawat bersama seorang lagi rakyat Malaysia, Zaid Abdullah, 69.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Mohd Zaidy diletakkan dalam unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan sokongan pernafasan namun dia bangkit dengan ajaib setelah koma selama 45 hari.

“Dia kemudiannya dibenarkan keluar hospital pada 1 Mei lalu,” kata Wisma Putra.

Zaid pula disahkan keluar hospital pada 26 Mac lalu.

Wisma Putra juga berkata, Duta Besar Malaysia ke Argentina, Datuk Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak turut menghantar surat penghargaan kepada Hospital Houssay berterima kasih terhadap usaha tidak mengenal lelah membantu penyembuhan dua rakyat Malaysia itu.

Kedua-dua mereka dipercayai ke Argentina untuk berdakwah secara berkumpulan selama dua bulan namun tidak lama kemudian negara itu diserang pandemik COVID-19.

Keadaan Mohd Zaidy yang dilihat kritikal ketika rawatan mengejutkan kakitangan hospital itu.

Sebelum dibenarkan keluar, dia turut diraikan dalam satu acara perpisahan khas dengan iringan lagu serta petikan gitar oleh kakitangan hospital.

Berita kesembuhan Mohd Zaidy itu turut mendapat liputan meluas di portal dan media sosial di Argentina. – BH Online

Loading...