Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jururawat Maut Seminggu Sebelum...

MUAR - Seorang jururawat yang bakal mendirikan rumahtangga pada 30 Ogos ini terbunuh...

Indonesia Mara Ke Final...

KUNSHAN - Indonesia melangkah ke final Piala Thomas selepas menewaskan Korea Selatan 3-1...

KLIA Perlu Segera Dinaik...

KUALA LUMPUR - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang kini berusia 20...

Cermin Gelap: Polis Tak...

PETALING JAYA - Bekas ketua polis negara, Musa Hassan berkata polis sepatutnya berpegang...

Rakyat Malaysia Dipelawa Mohon Sebagai Wakil AICHR

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mempelawa rakyat Malaysia untuk memohon jawatan sebagai wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) bagi tempoh sepenggal selama tiga tahun (2019-2021) dengan kemungkinan dilantik semula untuk penggal tambahan.

Dalam kenyataan di sini, kementerian berkata individu yang terpilih perlu menghadiri mesyuarat AICHR serta menjalankan beberapa lagi tugas.

Tugas terbabit termasuk membangunkan strategi untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia serta kebebasan asasi bagi melengkapi usaha pembentukan Komuniti ASEAN.

Individu terbabit juga perlu menggubal pendekatan dan kedudukan bersama mengenai hak asasi manusia berkepentingan kepada ASEAN.

Pemohon mestilah warga Malaysia, memiliki ijazah pertama dan sebaik-baiknya ijazah sarjana dengan pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 15 tahun dalam bidang berkaitan hak asasi manusia, undang-undang atau hubungan antarabangsa.

Calon juga mesti berpengetahuan dalam isu-isu ASEAN dan AICHR serta mampu melaksanakan tugas yang selaras dengan matlamat dan keutamaan yang ditetapkan oleh Kementerian Luar.


Permohonan lengkap yang mengetengahkan kesesuaian pemohon serta sumbangan yang boleh diberikan bersama-sama vitae kurikulum (CV) dan dokumen lain yang berkaitan perlu dihantar ke alamat:

Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia, Kementerian Luar Malaysia, No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62602 Putrajaya, Malaysia, atau e-mel ke [email protected].

Permohonan harus tiba di Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia sebelum atau pada 14 Okt 2018 dan hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ditemu duga.

Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh didapati menerusi laman sesawang kementerian di www.kln.gov.my. – BERNAMA

Kategori