Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Jamil Khir Nafi 2...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom...

Najib Umum Pengubahsuaian Bajet...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pengubahsuaian...

Tiada Militan IS Pergi...

KUALA LUMPUR - Tiada 'pejuang jihad' Negara Islam (IS) yang memasuki Iraq secara...

How to Compose a...

Among the most typical reasons reported for assignments is the truth that it...

Rakyat Malaysia CEO Gaji Tertinggi Di AS

SEORANG lelaki kelahiran Malaysia dilaporkan menerima gaji tertinggi di antara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam kalangan syarikat utama di Amerika Syarikat (AS).

Menurut sebuah laporan yang dipetik dari The Wall Street Journal (WSJ), individu berkenaan ialah Tan Hock Eng, 65, berasal dari Pulau Pinang yang juga CEO Broadcom, pembekal global bagi cip komputer dengan gaji tahunan sehingga AS$103.2 juta (RM407.9 juta) pada tahun lalu.

WSJ berkata, gaji yang diperoleh itu menjadikan sebagai individu yang menerima gaji CEO tertinggi di AS sekali gus mendahului jenama besar lain seperti Tim Cook dari Apple, Sundar Pichai (Google) dan Mark Zuckerberg (Facebook).

Artikel itu turut menyatakan pakej pembayaran gaji Hock Eng tahun lalu menyaksikan peningkatan luar biasa sehingga 318 peratus dari gajinya sebelum ini iaitu AS$24.7 juta (RM97.6 juta) pada 2016.

Malah, menurut laporan WSJ, gaji asas Tan sebenarnya ‘hanya’ berjumlah AS$1.1 juta (RM4.35 juta) kerana jumlah selebihnya diperoleh dari saham yang dianugerahkan bernilai AS$98.3 juta (RM388.6 juta) dan bonus prestasi AS$3.7 juta (RM14.6 juta).

Selain itu, perbelanjaan perjalanan, pampasan (bayaran menyamai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), perbelanjaan servis kereta turut dikatakan menyumbang kepada jumlah terbabit.

Gaji yang diterima olehnya itu mengatasi gaji yang diterima individu di tempat kedua, CEO CBS, Les Moonves yang memperoleh AS$69.3 juta dan CEO pengeluar komponen aeroangkasa Transdigm, W Nicholas Harvey (AS$61 juta), lapor WSJ lagi.


Hock Eng yang juga graduan dari Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan Harvard Business School memperoleh bayaran 2,039 kali ganda lebih tinggi berbanding pekerja lain di AS.

Broadcom, syarikat yang tersenarai dalam Fortune 500 menggajikan lebih 15,000 pekerja, dengan separuh daripadanya adalah di AS.

Syarikat itu mengeluarkan cip untuk modem, set kotak televisyen, Wifi dan pusat data, dengan Apple Inc antara pelanggan utamanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori