Rakyat Malaysia Bekerja Di Singapura Rayu Dibenar Ulang-Alik

SINGAPURA – Di laman Facebook Malaysia-Singapore Border Crossings yang mempunyai lebih 20,000 ahli, kini mula kedengaran suara rayuan yang memohon kepada pihak berkuasa agar kalangan mereka yang terlibat dalam perkhidmatan penting dibenarkan berulang alik antara kedua-dua negara itu.

Medium sosial yang diwujudkan pada 2017 itu pada mulanya menjadi platform untuk mereka berkongsi maklumat terkini mengenai keadaan trafik di Tambak Johor and Linkedua yang sering sesak, namun selepas pintu sempadan ditutup dalam usaha memerangi pandemik Covid-19, ia kini menjadi tempat untuk mereka berkongsi maklumat terkini berkaitan Covid-19 di kedua-dua negara.

Seorang daripada ahli, Muhammad Fazry, menyuarakan harapan agar pekerja yang terlibat dalam perkhidmatan penting turut diberi kelonggaran untuk berulang alik ke Singapura, sama seperti yang diberikan kepada pemandu lori yang membawa bekalan barangan ke republik itu.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Tan Sri (Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin), saya mohon rakyat Malaysia yang bekerja dalam essential service di Singapura dibenarkan berulang alik menggunakan ‘pas khas’ dan aplikasi kod QR,” rayu beliau yang dipetik daripada laman Facebook itu.

“Mohon Tan Sri bagi kelonggaran untuk kami (bersama rakan yang lain) ulang-alik setiap hari. Kami menunggang motosikal, jadi exposure terhadap jangkitan Covid-19 sangat sedikit berbanding kenderaan awam. Kami juga punya keluarga dan saya sendiri mempunyai anak kecil,” rayunya.

Beliau juga cuba menjelaskan situasi terkini di republik ini di mana majoriti kes datangnya daripada pekerja asing di asrama yang rata-rata sedang dikuarantin, dan transmisi di kalangan komuniti pula adalah kurang dari 10 kes hampir setiap hari.

“Jadi keadaan di Singapura sangat terkawal,” katanya.

Berdasarkan pengamatan, rayuannya beliau dilihat turut mendapat perhatian ahli-ahli yang lain terutama di kalangan wanita hamil yang pasangan mereka masih berada di Singapura.

Loading...