Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Selangor Tak Pernah Keluar...

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah memberikan permit atau kelulusan terhadap...

Martabatkan Bahasa Melayu Di...

PUTRAJAYA - Universiti di negara ini perlu memartabatkan Bahasa Melayu dalam aspek pengajaran...

PRU15: Kemenangan 9 Kerusi...

KLUANG : Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Barisan Nasional (BN) Johor yang...

Bas Rempuh Beca Di...

MANILA - Enam orang terbunuh apabila sebuah bas merempuh sebuah beca di Digos...

Rakyat Malaysia Akan Hukum Mahathir!

PENGUNDI Langkawi pasti buka mata dengan isu ketirisan pajakan tanah Lembaga Pembangunan Langkawai (LADA) membabitkan salah guna kuasa tokoh pembangkang, Tun Mahathir Mohamad.

Tersebarnya 3 dokumen pajakan antara tempoh 30 tahun hingga 90 tahun itu, turut mengejutkan rakyat Malaysia sendiri sekali gus membuktikan Mahathir berjaya eksploitasi kedudukannya sebagai Penasihat LADA ketika itu.

Dengan caj premium yang rendah, tetapi bertujuan komersil yang mampu meraih untung besar dalam jangka masa panjang, Mahathir dilihat lebih mementingkan diri dan kroni-kroninya dalam pembangunan tanah Langkawi.

Hei Langkawi ni milik dia seorang ke?!

Laporan eksklusif dan bukti- bukti dokumen Mahathir, 92, menyalah guna kuasanya sebagai Penasihat LADA 2003-2016 demi kepentingan diri:

PERTAMA

Dokumen Pajakan Tanah Lima Lot di Kuah, Langkawi.

Dokumen bertarikh 27 Julai 2011 yang ditujukan pada Pengurus Besar LADA, diluluskan seluas empat ekar dengan caj yang murah!

Tidak munasabah, selaku Penasihat LADA, Mahathir meminta kadar caj pajakan hanya RM20 seekar setahun. Lebih teruk, pakejnya selama 30 tahun!

KEDUA

Satu lagi dokumen tersebar mengenai pajakan tanah di Mukim Ayer Hangat.


Dokumen bertarikh 11 September 2014 itu mendedahkan, Mahathir memperolehi Lot Tanah PT537 dengan harga pajakan murah selama 60 tahun.

Secara matematik, berdasarkan premium pajakan RM192,500.00 yang dikenakan untuk tempoh 60 tahun, kos pajakan hanyalah RM3,208.00 setahun.

Lot tanah itu diberikan kepada syarikat Cipta Selaras Sdn. Bhd. yang Mahathir antara pemegang sahamnya.

KETIGA

Dokumen ketiga lebih mengejutkan, membabitkan tanah di Teluk Ewa yang dipajak kepada Mahathir selama 90 tahun.

Ia menjadikan status pajakan tanah seluas 40 ekar ini sebagai pajakan paling lama tempohnya.

Pajakan itu membabitkan lot-lot tanah PT208 dan PT210.

ADUHAI MAHATHIR, AWAL-AWAL LAGI KAU SAPU SEMUANYA! – MYNEWSHUB.CC

Kategori