Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Saksi Pembelaan Latheefa Dan...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes SRC International Sdn. Bhd. bekas Perdana Menteri, Datuk...

Trump Jadi Bahan Ketawa...

NEW YORK - Salah satu ayat kegemaran Donald Trump setiap kali menyerang musuh...

Hentikan Pengeluaran Lesen Judi...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) menggesa kerajaan memberhentikan pengeluaran...

5,652 Polis P.Pinang Bertugas...

GEORGE TOWN - Seramai 5,652 anggota polis ditugaskan di seluruh Pulau Pinang bagi...

Rakyat Lihat Manifesto PH Tiada Visi Untuk Saingi BN

ALOR SETAR – Hari keempat kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menyaksikan manifesto pembangkang di negeri ini gagal memikat hati masyarakat umum yang kebanyakannya menyifatkan manifesto tersebut tidak seiring dengan keperluan pelbagai lapisan masyarakat.

Menerusi tinjauan rambang Bernama hari ini, rata-rata yang ditemui berpandangan manifesto pembangkang gagal menyaingi janji yang dibuat Barisan Nasional (BN) untuk PRU ini.

“Semua kempen parti-parti ini saya akan pergi untuk dengar apa yang mereka nak buat dan bawa untuk rakyat Kedah jika memerintah. Sayangnya apabila diamati manifesto PH (Pakatan Harapan) semuanya biasa-biasa seperti ketandusan idea.

“PH turut gariskan beberapa janji, contohnya menilai penglibatan anggota politik dalam Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), adakah ini memberi impak besar kepada semua lapisan masyarakat? ini yang saya maksudkan tidak selaras dengan keperluan semua,” kata pesara sektor pendidikan Mohd Lathif Abd Rahman, 66.

Beliau turut merumuskan manifesto PH sebagai ‘tewas sebelum berperang’ kerana ada antara janji mereka yang sebenarnya sudahpun dilaksanakan oleh kerajaan BN, khususnya melibatkan sektor pertanian.

Seorang peniaga, Siti Norlina, 44, berkata manifesto BN amat bertepatan dengan keadaan semasa serta memenuhi keperluan segenap lapisan masyarakat seperti projek perumahan rakyat, peluang pekerjaan, jaringan perhubungan dan penambahbaikan prasarana serta meningkatkan kualiti pendidikan tanpa menyisihkan penduduk kawasan luar bandar.

“Dalam soal ini saya rasa masyarakat perlu rasional. Amat jelas BN menawarkan apa yang rakyat inginkan berbanding PH yang menjanjikan manifesto tidak realistik yang tidak mendahulukan keutamaan yang lebih penting kepada rakyat.

“Misalnya PH ingin perkenalkan Mahkamah Syariah secara bergerak serta tubuhkan pasukan petugas bagi menyelesaikan masalah tanah. Saya tidak rasa keperluan ini yang utama dalam keadan sekarang, malah kerajaan juga sudah lama sediakan alternatif untuk masalah melibatkan Mahkamah Syariah dan tanah,” katanya.

Seorang peladang dan pesawah Mohd Rahmat Ali, 50, berkata konsep pertanian domestik seperti yang mahu digalakkan dalam Manifesto PH sudah ketinggalan kerana kerajaan BN telah membawa sektor pertanian ke suatu tahap lebih tinggi.


“Petani sudah ramai yang terdedah dengan teknologi dan pendekatan pertanian moden yang mampu menembusi pasaran antarabangsa. Kerajaan juga beri galakan inovasi pertanian melalui produk hiliran yang bermutu,” katanya.

Menurutnya kerajaan juga memberikan pelbagai insentif termasuk pinjaman kewangan, geran sepadan selain bimbingan intensif pertanian moden, sedangkan pembangkang yang mahu menggalakkan pertanian domestik seakan mengajak petani menggunakan kaedah 20 tahun lalu.

Bagi Mohammad Shaifulakmal Ibrahim, 30, lulusan Sains Sosial dan Kemanusiaan sebuah universiti tempatan, PH dilihat tidak jelas mengenai hala tuju inti pati manifesto mereka selain tidak membuat kajian semasa dan keadaan sosial setempat.

“Buat manifesto sekadar melepas batok di tangga…sambil lewa seperti tidak langsung punyai kejujuran atau kemahuan​​​​ untuk mengotakan apa yang mereka janjikan selepas berkuasa nanti. Jika kita singkap kembali negeri Kedah 20 tahun sebelum ini, apa yang ada? BN benar-benar sudah bawa keselesaan,” katanya.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin pula berkata manifesto BN jelas menyentuh pelbagai aspek keperluan rakyat serta lapisan masyarakat selain mampu mengatasi permasalahan semasa yang sedang dihadapi rakyat.

“Manifesto BN tidak bersifat populis untuk mendapat sokongan, malah ia amat realistik dan diyakini mampu dilaksanakan dengan mengambil kira faktor kewangan dan ekonomi semasa. Berbeza dengan PH yang belum mempunyai ‘track record’ selain ketandusan modal untuk mengemukakan janji yang baharu selain apa yang telah BN laksanakan,” katanya. – BERNAMA

Kategori