Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

BR1M Rahmat Ringankan Beban...

ALOR SETAR - Halimah Dahaman bekerja sebagai pembantu gerai di kaki Gunung Jerai,...

Polis Kenal Pasti Alamat...

BUKIT MERTAJAM - Polis memperoleh alamat lengkap dan terkini tiga daripada tujuh peserta...

Bilangan Penganggur Malaysia Menurun...

PUTRAJAYA - Bilangan penganggur di Malaysia pada Februari 2022 menurun 1.3 peratus selepas...

Taufan Michael Bakal Cetus...

MIAMI - Taufan Michael dijangka mengukuhkan kekuatannya hari ini di Teluk Mexico dengan...

Rakyat Kelantan Harap Harga Tiket ECRL Kompetitif

KOTA BHARU – Rakyat Kelantan berharap agar kerajaan dan syarikat pengendali menawarkan harga tiket yang kompetitif bagi kemudahan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Rata-rata penduduk yang ditemui berkata tawaran harga kompetitif tersebut akan memberi peluang kepada rakyat untuk menggunakan kemudahan tersebut dengan lebih kerap sebagai pengangkutan alternatif kepada mereka untuk ke destinasi masing-masing.

Seorang penduduk Rohani Che Ghani, 45, dari Lembah Sireh di sini berkata, jika harga tiket terlalu mahal hanya golongan berpendapatan tinggi sahaja yang mampu menggunakan perkhidmatan tersebut.

“Golongan kurang berkemampuan pula tidak akan mampu menggunakan ECRL.

“Justeru, saya berharap agar kerajaan dapat meletakkan harga yang munasabah kerana ia akan memberi kebaikan kepada majoriti penduduk di sepanjang laluan tersebut,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Azila Shafie, 35, dari kampung Padang Siam, Tanah Merah berkata kemudahan ECRL akan memberi alternatif baharu kepada kalangan perantau untuk pulang ke kampung halaman selain menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam yang lain.

“Namun jika harganya lebih mahal daripada tiket kapal terbang, saya rasa ramai perantau yang tidak akan berminat menggunakan perkhidmatan tersebut terutama ketika musim perayaan.


“Mereka akan memilih untuk menggunakan perkhidmatan darat atau memandu sendiri pulang ke kampung halaman kerana kos yang dikeluarkan adalah lebih murah,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK), Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, langkah kerajaan meneruskan kembali projek berkenaan memberi khabar gembira kepada rakyat terutama di pantai timur.

Bagaimanapun kerajaan juga harus mengkaji harga tiket yang munasabah dan dalam masa yang sama kompetitif bagi menarik lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan tersebut.

Kategori