Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sanggup Tinggalkan Universiti Jadi...

KUALA LUMPUR - Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof, yang terkorban dalam nahas pesawat...

4 Bilik Darjah SMK...

SHAH ALAM - Empat bilik darjah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Jalan Bukit...

Guru Amal Politik Di...

BAGAN SERAI - Jabatan Pendidikan Perak akan mengambil tindakan tegas terhadap guru yang...

Bayangan Faye Muncul Selepas...

"SELEPAS bercerai saya terdetik untuk melakukan solat Istikharah, sebagai lelaki normal sudah tentu...

Rakyat Jangan Malu Sokong UMNO-BN, Kata Najib

RAKYAT Malaysia tidak seharusnya malu untuk menyuarakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana selepas Pakatan Harapan (PH) mentadbir Putrajaya jelas terbukti hanya BN mampu selamatkan masa depan rakyat, kata Najib Razak.

Bekas perdana menteri berkata, setelah lebih 9 bulan PH memegang kuasa di peringkat Persekutuan, gabungan yang dipimpin Dr. Mahathir Mohamad itu tidak lagi menggunakan slogan “kalau PH menang, rakyat senang” kerana tahu perkara sebaliknya berlaku kepada rakyat.

“Saya hendak beritahu bukan saya yang jadi bos, tetapi rakyat adalah bos. Sebab itulah tidak perlu malu kita teruskan perjuangan kita. Kalau hendak sokong BN sokonglah, jangan rasa malu hendak sokong BN sebab kita berada di landasan yang benar.

“Sebab itu jugalah mari kita berpakat sesama kita, yang penting kita tahu bahawa hanya UMNO BN yang boleh selamatkan masa depan kita.

“Dulu mereka kata, ‘kalau PH menang, rakyat senang’, hari ini mereka tidak berani berkata demikian sebab kalau mereka kata ‘PH menang rakyat senang’, ungkapan tersebut kalau saya tanya, adakah rakyat senang?” katanya sewaktu berucap di Raub.

Najib berkata, jika dahulu BN dikaitkan dengan sokongan pengundi dari kawasan luar bandar sahaja, namun persepsi berkenaan berjaya ditepis selepas calon BN berjaya menewaskan calon PH dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang baru sahaja selesai.

“Di kawasan bandar seperti Semenyih, UMNO BN masih diterima rakyat jelata dan boleh tebus semula kekalahan kita, sebab sudah berlaku kebangkitan rakyat. Bahawa rakyat sudah tahu mereka terpedaya sewaktu kempen pilihan raya umum ke-14 lalu dengan segala bentuk janji palsu,” katanya.

Jelas Najib, ketika ini di mana-mana sahaja tempat yang pemimpin PH lawati, sudah ada yang memberi gelaran dan momokan dengan pelbagai gelaran seperti menteri telur RM0.02 sen.


Bahkan terdapat menteri yang diberi gelaran menteri buluh, selepas mencadangkan rakyat tidak lagi menanam kelapa sawit sebaliknya mula menanam pokok buluh.

“Ia disebabkan menteri itu memanggil ketua setiausaha, ketua pengarah dalam mesyuarat dan sidang media semata-mata hendak umum kononnnya harga telur ayam sudah turun RM0.02 sen.

“Sekarang ini telur ayam gred AA sudah cecah hampir RM0.50 sen sebiji, dahulu sewaktu zaman BN harganya sekitar RM0.20 hingga RM0.30 sen,” katanya.

Pada masa sama, Najib turut mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana bersama-sama dengan UMNO dalam usaha menyatupadukan ummah.

“Saya terima kasih kepada PAS. Kerjasama UMNO-PAS adalah untuk penyatuan ummah, bukannya menafikan hak orang bukan Islam. Kita hendak negara Malaysia lebih maju ke hadapan,” katanya. – FMT

Kategori