Rakyat Harap Kadar Pemberian Vaksin Boleh Ditingkatkan – Najib

DARI FB NAJIB RAZAK

FASA 2 program imunisasi COVID-19 telah bermula hari Isnin lalu.

Fasa kedua program vaksinasi yang melibatkan vaksin jenis Pfizer-BioNTech dan Sinovac, memberi keutamaan kepada 9.4 juta penerima warga emas berusia 60 tahun ke atas, pesakit penyakit kronik dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Namun jumlah dos diberi sejak hari pertama fasa 2 masih rendah dan belum mencapai kadar 160,000 dos sehari yang disasar kerajaan walaupun program vaksinasi negara sudah masuk bulan ketiga.

Jumlah dos diberi hari pertama (Isnin): 32,807
Jumlah dos diberi hari kedua (semalam): 33,131
Kadar ini tidak banyak berubah berbanding kadar yang dicapai dalam Fasa pertama yang bermula sejak bulan Februari lalu.

Setakat ini, hanya 748,444 orang (2.2% daripada penduduk) telah diberi dos pertama di mana 462,335 orang (1.4%) selesai dos kedua.

Jika kadar ini berterusan, Malaysia masih perlu masa sekitar 5 tahun untuk mencapai matlamat kerajaan untuk memberi vaksin kepada 23.6 juta penduduk untuk Malaysia bebas Covid.

Walaupun menteri vaksin pernah sangkal saya dan menafi kadar pemberian vaksin Malaysia masih perlahan pada bulan lepas dengan berkata “ternyata purata harian vaksinasi di Malaysia lebih tinggi daripada Singapura”, tapi realitinya ialah kadar pemberian vaksin di sana adalah jauh lebih tinggi.

Setakat semalam, Singapore telah memberi 2.2 juta dos vaksin (berbanding 1.2 juta di Malaysia) di mana 23.9% penduduk menerima dos pertama dan 14.9% selesai dos kedua.

Semua Rakyat harap kadar pemberian vaksin di Malaysia boleh ditingkatkan dan akan mencapai sasaran 160,000 dos sehari yang ditetapkan kerajaan tak lama lagi.

Cabaran utama program vaksinasi bukan lagi jumlah orang yang mendaftar rendah tetapi kadar pemberian vaksin yang masih rendah.

Setakat semalam, kerajaan lapor seramai 9,100,472 orang telah berdaftar tapi hanya 748,444 orang telah diberi dos pertama.

Biarpun itu, orang ramai digalakkan untuk berdaftar secepat mungkin melalui apps MySejahtera untuk menjayakan program vaksin sebab jumlah orang yang telah mendaftar masih rendah berbanding 23.6 juta orang yang disasar.

#lindungdirilindungsemua