Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MH17: Malaysia Tak Akan...

NEW YORK – Malaysia tidak akan berehat selagi pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh...

PRK Tanjong Datu: Tambah...

KUCHING - Jumlah anggota polis yang bertugas bagi memastikan kelancaran Pilihan Raya Kecil...

Kompleks Sukan Bernilai RM8...

PASIR PUTEH - Sebuah kompleks sukan bernilai RM8 juta akan dibina berhampiran Terusan...

Premis Perniagaan Di Kedah...

KULIM - Sebanyak 15,666 barangan di 522 premis perniagaan di Kedah telah diperiksa...

Rakyat Hampa RTM Tiada ‘Live’ Brazil Vs Costa Rica

KEMPUNAN… Impian rakyat marhaen khasnya penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) dapat menyaksikan perlawanan Brazil lawan Costa Rica dari Rusia malam tadi nyata tidak kesampaian.

Ia susulan tiada siaran langsung atau pun tertunda menerusi mana-mana saluran RTM sama ada di TV1 atau TV2 meskipun stesen penyiaran awam itu sudah menerima tajaan RM30 juta untuk Piala Dunia 2018 selama sebulan.

Ini mencetuskan kritikan ramai peminat bola sepak tempatan apabila berasa pelik kenapa RTM sanggup siarkan perlawanan melibatkan dua negara entah apa-apa tetapi tidak pasukan kebangsaan popular seperti Brazil sendiri.

Walhal ketika majlis pengumuman RTM sebagai penyiar temasya berprestij itu di Angkasapuri pada awal bulan ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dilaporkan Bernama bangga sebagai penyokong Brazil.

Ironi, RTM pula tidak siar perlawanan skuad Samba tersebut dan membangkitkan soalan cepumas, adakah menteri itu sendiri pun terpaksa tonton melalui siaran berbayar Astro yang memang tidak mampu dilanggan rakyat miskin.

Hakikatnya penyokong PH yang jelas malu dengan ketiadaan siaran menerusi RTM semalam terpaksa membanjiri restoran mamak 24 jam bagi menyaksikan Brazil selaku juara lima kali menang bergaya 2-0 ke atas Costa Rica.

Dua jaringan waktu kecederaan membolehkan pasukan Amerika Latin itu melakar kemenangan dramatik di St. Petersburg dan secara tidak langsung mencatatkan kemenangan pertamanya dalam kempen Piala Dunia 2018.

Jaringan bintang tengah kelab Barcelona, Philippe Coutinho, seminit sejurus memasuki waktu kecederaan dan gol penyerang skuad Paris Saint-Germain, Neymar pada minit ke-97 memastikan Brazil meraih tiga mata berharga.

Ia sekali gus menebus kekecewaan diikat 1-1 oleh Switzerland dalam aksi pembukaan, pada Isnin lalu. Ketika perlawanan tampak akan berakhir dengan keputusan seri kedua berturut-turut buat Brazil, Coutinho muncul wira.


Dia menjaringkan gol keduanya dalam aksi Piala Dunia kali ini apabila melepaskan rembatan cantik untuk letak skuad Selecao di depan. Beberapa saat sebelum wisel penamat permainan ditiupkan, Neymar pula menjadi hero.

Pemain ini mengesahkan kemenangan 2-0 pasukannya apabila dia yang tidak dikawal oleh barisan pertahanan lawan kelihatan mudah sahaja menolak bola untuk menewaskan penjaga gol Costa Rica, Keylor Navas.

Terdahulu, penggunaan teknologi canggih Video Bantuan Pengadil (VAR) menafikan hajat seorang pemain Brazil untuk mencatatkan gol pertama selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-77.

Begitupun, sepakan itu dibatalkan selepas pengadil perlawanan melihat ulang tayang video yang menyaksikan berlaku hanya sedikit sentuhan dan Neymar didapati sengaja merebahkan badannya dalam kotak penalti.

Kemenangan sulung tersebut membolehkan Brazil untuk muncul seketika sebagai pendahulu Kumpulan E dengan empat mata, namun kedudukan boleh berubah jika Serbia mampu menewaskan Switzerland pada pukul 2 pagi ini.

Bagi Costa Rica, kekalahan ini menunjukkan jalan keluar buat mereka selepas tewas 1-0 kepada Serbia pada perlawanan pertama. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori