Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bakal Gubal Undang-Undang Haram...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan dalam proses merangka satu undang-undang untuk mengawal kegiatan...

Larian Antarabangsa CAPAM 2014...

PUTRAJAYA - Malaysia, selaku tuan rumah Persidangan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan...

Hampir 400 Maut Susulan...

JAKARTA - Jumlah korban akibat gempa bumi dan tsunami di Sulawesi, Indonesia, meningkat...

Lelaki Hina Islam Akan...

Kuala Lumpur : Penghantar makanan yang mengeluarkan kata-kata kesat sehingga menghina Islam dalam...

Rakan Zaman Kanak-Kanak Tidak Dilupakan

JOHOR BAHRU – Ketika tarikh perkahwinan diraja Johor semakin menghampiri, mula timbul persoalan siapa yang akan berada dalam senarai jemputan ke majlis eksklusif itu nanti.

Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan dengan warga Belanda, Dennis Muhammad Abdullah pada 14 Ogos ini.

Senarai tetamu difahami akan didominasi oleh nama-nama kerabat diraja, ahli-ahli politik, pegawai kanan kerajaan negeri dan ahli perniagaan terkemuka.

Namun dalam kalangan mereka terdapat juga sekumpulan individu yang mempunyai tempat istimewa di hati puteri tunggal Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar itu – kakitangan istana yang menjaga dan berada di samping beliau sejak zaman kanak-kanak.

Ini termasuk pelatih kuda yang mengajar Tunku Aminah menunggang kuda, pemandu yang membawanya ke sekolah dan anggota Askar Timbalan Setia Negeri (ATSN) serta pengawal peribadi yang melindungi keluarga diraja tersebut.

“Saya membesar bersama orang-orang ini dan mereka sangat istimewa buat saya. Saya mahu mereka semua berada di hari perkahwinan untuk berkongsi kebahagiaan saya,” kata puteri itu kepada Royal Press Office.

Temu bual Tunku Aminah itu kemudian dikeluarkan kepada media menerusi Royal Press Office yang merupakan pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga Diraja Johor.

Tunku Tun Aminah, satu-satunya anak perempuan Sultan dan Permaisuri Johor, membesar dengan lima adik-beradik lelaki di Istana Pasir Pelangi.


“Pemandu-pemandu dan pengawal peribadi yang menghantar saya akan sering mengingatkan bahawa saya adalah satu-satunya puteri tuanku Sultan, dan menasihatkan saya untuk menjadi seorang yang baik.

“Setiap petang selepas sekolah, saya bersama adik-beradik saya akan pergi bermain dengan pelatih-pelatih kuda dan menjamu selera di warung yang disediakan untuk mereka.

“Selain pelatih-pelatih kuda, saya juga akan menjemput kakitangan istana lain yang menjaga kami. Mereka adalah sebahagian daripada zaman kanak-kanak saya dan telah mengajar saya nilai-nilai untuk berkhidmat dengan berdedikasi, kesetiaan dan kebaikan,” kata Tunku Aminah.

Sebagai hadiah sempena perkahwinan itu, kakitangan yang sudah lama berkhidmat akan menerima cendera hati khas yang direka sendiri oleh puteri Sultan Johor itu. – BERNAMA

Kategori