Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Meninggal Dunia Ketika Dibakar...

MALANG menimpa seorang wanita apabila dia meninggal dunia akibat dibakar hidup-hidup di tempat...

Ahmad Bashah Angkat Sumpah...

ALOR SETAR - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad...

Warga Afrika Didakwa Kes...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan warga Afrika mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Pemandu Teksi Gagal Tuntut...

PEMANDU teksi yang menyokong Pakatan Harapan dalam pilihan raya lalu hingga berjaya menggantikan...

Rakan Didakwa Cuba Jual Kereta Sambung Bayar

KUANTAN – Tindakan seorang pengurus wanita menyerahkan kereta kepada rakannya untuk disambung bayar membawa padah apabila kereta itu cuba dijual di laman sosial Instagram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 35 tahun itu mendakwa menyerahkan kereta jenis Volkswagen Golf kepada suspek dengan persetujuan menjelaskan bayaran bulanan sebanyak RM1,100 sebulan.

“Bagaimanapun, mangsa mendakwa melihat kereta itu diiklankan untuk dijual dengan cara menyambung bayaran di Instagram pada 21 Ogos lalu. Mangsa telah menyamar sebagai pembeli dan dimaklumkan harga jualan adalah RM23,000.

“Mangsa kemudiannya berpakat dengan seorang lagi rakan untuk mengambil kereta itu. Rakan mangsa memperoleh semula kereta itu selepas memperkenalkan diri sebagai anggota polis menyebabkan suspek takut sehingga menyerahkan kereta tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Episod kereta itu bagaimanapun tidak tamat di situ apabila mangsa menerima panggilan daripada pihak bank pada November lalu, memaklumkan bayaran ansuran bulanan kereta tersebut telah tertunggak bagi tempoh dua bulan sejak September.

Tindakan mangsa untuk menghubungi rakannya bagi meminta bayaran kereta itu juga tidak diendahkan suspek, malah dia pula menyuruh mangsa menjelaskan RM23,000 yang didakwa sebagai ‘ganti rugi’ bayaran yang pernah dibuatnya.

“Mangsa juga mendakwa suspek telah mengugut untuk membakar kereta itu jika dia membuat laporan polis. Bagaimanapun, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, semalam,” katanya.


Mohd Wazir menambah siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada kes berlainan, Mohd Wazir memberitahu seorang pengarah urusan sebuah hotel di sini, kerugian RM29,497.71 selepas ditipu seorang lelaki yang mendakwa boleh mendapatkan diskaun bil elektrik bagi hotel dan syarikat milik mangsa.

Mangsa yang berusia 54 tahun mendakwa dia pada awalnya berasa curiga dengan tawaran itu, bagaimanapun suspek memberitahu akan mendahulukan bayaran bil elektrik bagi hotel dan syarikatnya sebagai bukti awal.

“Mangsa mendakwa diminta menyemak laman web Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk pengesahan bayaran dan melihat bil hotel dan syarikat telah dijelaskan. Mangsa kemudiannya mengeluarkan cek sebagai bayaran balik kepada suspek.

“Bagaimanapun, mangsa kemudiannya menerima surat TNB menyatakan transaksi bil yang dibuat oleh suspek adalah gagal dan dia mempunyai tunggakan bil sebanyak RM29,441.90,” katanya. – BERNAMA

Kategori