Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak 5 Tahun Maut...

PORT DICKSON - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mati dipercayai akibat terjatuh...

Putrajaya Deuter Trail Run...

PUTRAJAYA - Edisi ketiga 'Putrajaya Deuter Trail Run' 2015 yang dijadual pada 10...

Pencemaran: Bomba Arah Kosongkan...

PASIR GUDANG - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor mengarahkan Sekolah...

Pembantu Rumah Didakwa Curi...

KUALA LUMPUR - Seorang pembantu rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini...

Rakam Anak Mandi, Bapa Dipenjara 4 Bulan

SEORANG bapa yang tidak dibenarkan didedahkan namanya oleh pihak mahkamah di Singapura telah dijatuhkan hukuman penjara selama empat bulan kerana merakam video anak perempuannya yang sedang mandi tahun lalu.

Kejadian berlaku pada Julai tahun lalu, lapor sebuah akhbar tempatan. Si bapa merupakan warganegara Malaysia berusia 48 tahun itu mengaku bersalah telah merakam video anak gadisnya yang sedang berbogel di kediaman sewa mereka dekat Toh Yi Drive, Singapura.

Menurut mangsa ketika kejadian, dia baru berusia 21 tahun dan secara kebetulan ternampak sebuah telefon bimbit berwarna hitam yang diikat dekat bawah besen bilik mandi di rumahnya.

Kemudian barulah mangsa menyedari bahawa segala gerak gerinya di dalam bilik air tersebut berjaya dirakam secara rahsia oleh bapanya sendiri melalui telefon bimbit tersebut.

Tanpa berfikir panjang, dia terus memberhentikan rakaman video berkenaan dan menyelongkar isi kandungan telefon bimbit tersebut.

Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati lambakan rakaman video dirinya yang sedang berbogel di dalam telefon itu dan ada beberapa video menampakkan wajah bapanya sedang membetulkan kedudukan gajet itu untuk dapatkan ‘angle’ sesuai.

Bapanya mengaku bersalah atas tindakan tidak bermoralnya itu dan katanya ia hanya bertujuan untuk simpanan peribadi sahaja.

Tertuduh juga mengaku telah bergiat aktif menjalankan ‘hobi’ tersebut sejak dua minggu sebelum dirinya ‘ditangkap’ oleh anaknya.


Malah dia juga mengaku masih menyimpan klip video anaknya itu di dalam telefon bimbit yang telah hilang daripada simpanannya.

Akibat rasa malu yang menebal, mangsa telah berpindah ke rumah rakannya.

Selepas ‘kantoi’ mengintip anak perempuannya, tertuduh pernah cuba untuk membunuh diri di kediamannya di Blok 840, Jurong West Street 81, Singapura namun sempat ditahan oleh pihak berkuasa Singapura. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

*Video sekadar hiasan. 

Kategori