Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Kerjasama Rela, APM...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan bekerjasama dengan...

Lucut Darjah Kebesaran Hak...

KUALA LUMPUR - Pelucutan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Ahmad...

Sarawak: Jumlah Mangsa Banjir...

KUCHING - Jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di bahagian Kuching, Serian dan...

Ribuan Sanggup Berbaris Untuk...

ADELAIDE - Ribuan orang sanggup berbaris panjang semata-mata hendak melihat secara langsung sambil menikmati...

Rak Pasar Raya Kosong, Rakyat Singapura Buat Pembelian Panik

SINGAPURA – Penduduk Singapura melakukan pembelian panik melibatkan barangan keperluan harian di pasar raya utama susulan tindakan kerajaan bertindak menaikkan amaran Kedudukan Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit (Dorscon) dari tahap kuning ke jingga bagi membendung penularan wabak koronavirus.

Pengumuman itu menyebabkan kebanyakan rakyat dengan bertopeng muka bergegas ke pasar raya bagi membeli barangan seperti beras, mi dan tisu tandas.

Dalam pada itu, beberapa gambar memaparkan rak kosong, troli dipenuhi barang dan rakyat Singapura mula beratur panjang di kaunter pasar raya kini tular di media sosial.

Perkembangan itu mengundang kebimbangan dalam kalangan netizen khususnya rakyat Malaysia yang bimbang situasi sama mungkin akan berlaku jika kerajaan tidak bertindak segera.

“Saya risau perkara sama akan berlaku di Malaysia sebab kita dah berjiran dengan Singapura dan masih ada pesakit yang menghidap wabak koronavirus sedang dirawat di negara kita,” tulis Zahar Izdin di Twitter.

Zaharina Harun pula berkata, “Saya sebagai rakyat Singapura bimbang jika kerajaan menaikkan lagi tahap amaran, kami mungkin tidak dibenarkan keluar rumah. Sekarang ini, masyarakat di sini sudah mula panik sejak amaran jingga dikeluarkan.”


Dalam pada itu, Menteri Perdagangan Singapura, Chan Chun Sing dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya memberitahu, tiada keperluan untuk orang ramai melakukan pembelian panik kerana bekalan sentiasa mencukupi.

“Pihak kementerian sentiasa berhubung rapat dengan peruncit dan saya memberi jaminan tiada risiko untuk kita mengalami kehabisan bekalan keperluan. Jadi, rakyat Singapura tidak perlu tergesa-gesa untuk melakukan pembelian seperti mi dan juga beras.

“Bagaimanapun, kita semua perlu memainkan peranan penting agar tidak melakukan pembaziran dengan membeli barangan yang tidak diperlukan. Ini akan menimbulkan panik dan tidak membantu memudahkan insiden yang sedang menimpa kita,” tulisnya. – Agensi

Kategori