Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kepentingan Negara Terpelihara Di...

KUALA LUMPUR - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tidak melibatkan sebarang pindaan ke atas...

Penjawat Awam ASEAN Perlu...

KUALA LUMPUR - Penjawat awam di negara anggota ASEAN perlu sentiasa mengingatkan dirinya...

Najib Sertai Pemimpin APEC...

BEIJING - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadiri Mesyuarat Pemimpin...

“Saya Sedia Telanjang Depan...

BAGI memastikan anak-anak mendapat pendidikan sewajarnya, setiap ibu bapa di dunia ini pasti...

Raja Salman Lantik Anak Sebagai Putera Mahkota

RIYADH – Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud hari ini mengumumkan pelantikan anaknya, Mohammed bin Salman sebagai putera mahkota, sekaligus mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan Mohammed bin Nayef yang dipecat, lapor agensi berita Jerman DPA.

Mohammed bin Salman, 31, sebelum ini merupakan timbalan putera mahkota manakala bekas putera mahkota Mohammed bin Nayef, 57 adalah anak saudara kepada raja Arab Saudi itu.

DPA yang memetik agensi berita Saudi (SPA) berkata putera mahkota yang baharu dilantik itu turut dinamakan sebagai timbalan perdana menteri, di samping mengekalkan jawatannya sebagai menteri pertahanan.

Beliau yang mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat, dilihat sebagai tokoh berpengaruh di negara tersebut.

Sebagai menteri pertahanan, beliau turut bertanggungjawab dengan penglibatan Arab Saudi dalam konflik bersenjata di Yaman.


Saluran televisyen al-Arabiya pula melaporkan pelantikan Mohammed bin Salman turut dipersetujui Majlis Taat Setia keluarga diraja manakala majlis taat setia rakyat jelata kepada putera mahkota itu diadakan pada petang Rabu.

Menurut laporan SPA, sebanyak 31 daripada 34 anggota majlis berkenaan mengundi menyokong pelantikan baharu itu. – BERNAMA

Kategori