Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Premis Makanan Diingat Elak...

YAN - Premis makanan yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan diingat supaya tidak melakukan...

Pasangan Guna Khidmat Anjing...

Walaupun kebanyakan orang hari ini mencari jurugambar profesional untuk merakam detik perkahwinan dengan...

Samsung Mohon Maaf Jadi...

SEOUL - Naib Pengerusi Kumpulan Syarikat Samsung, Lee Jae-yong pada Selasa secara rasmi...

Jantung Anak Lana Nodin...

KUALA LUMPUR - Pelakon Lana Nodin berdepan detik cemas apabila jantung anak keduanya,...

Raja Permaisuri Agong Rasmi Hospital Tunku Azizah

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terharu dengan inisiatif menamakan semula Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur dengan nama baginda.

Tunku Azizah memberi reaksi itu ketika perasmian hospital berkenaan di Kuala Lumpur, hari ini, yang kini dinamakan sebagai Hospital Tunku Azizah (HTA).

Dalam titahnya, baginda berharap kemudahan dibangunkan kerajaan itu, khusus untuk kesihatan wanita dan kanak-kanak dimanfaatkan sebaiknya, terutama golongan ibu.

Baginda berkata, golongan itu perlu menggunakan kemudahan dibangunkan kerajaan dan kesihatan anak perlu dititik beratkan sejak lahir, terutama dalam mendapatkan imunisasi yang dituntut kerajaan.

“Saya ambil lebih berat tentang lahirnya anak saya sehingga masuk ke sekolah.

“Saya akan tentukan mereka menerima imunisasi sebagaimana dituntut oleh kerajaan dari hari lahir sehinggalah mereka masuk sekolah dan hingga ke universiti.

“Jadi saya harap fasiliti seperti di hospital ini, kita gunakan sepenuhnya. Jangan ada anak sudah demam seminggu, baru nak hantar ke hospital kerana sekarang banyak penyakit baru,” titah baginda dalam ucapan perasmian.

Perasmian itu turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.


Terdahulu, Tunku Azizah turut melawat Pusat Transplan Sel Stem dan Pusat Perubatan Reproduktif di hospital itu.

HTA yang mula beroperasi pada sepenuhnya pada 16 Ogos tahun lalu itu dilengkapi 600 buah katil dengan 378 katil bagi wad Pediatrik, wad Obstetrik dan Ginekologi (222 katil), Unit Penjagaan Rapi Dewasa (24 katil), Unit Penjagaan Pediatrik (32 katil), Penjagaan Rapi Neonatal (50 katil), Bone Marrow Transplant (16 katil) dan 8 katil bagi Pediatric Burn Bath.

Selain itu, ia turut dilengkapi tiga dewan bedah Ginekologi, sembilan dewan bedah pediatrik termasuk sebuah dewan bedah Hybrid Neuro, dua dewan bedah bersalin, lapan suit kemoterapi bagi Ginekologi dan sebuah Pusat Perubatan Reproduktif.

Sementara itu, Dr. Dzulkefly berkata, HTA menawarkan perkhidmatan kepakaran bagi Obsterik dan Ginekologi dan juga Pediatrik.

“Oleh itu, menjadi harapan Kementerian Kesihatan agar HTA akan terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat demi menjamin kesejahteraan hidup rakyat,” katanya. – myMetro Online

Kategori