Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Tanpa Identiti Ditemui...

CYBERJAYA - Seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemui mati dalam keadaan berlumuran berdarah di...

Lelaki Ditahan Kerana Menyamar...

MUAR - Seorang lelaki ditahan kerana menyamar sebagai anggota polis serta cuba mencabul...

Kurang Kesedaran Punca Rabies...

PASIR SALAK - Kurang kesedaran dan sikap sambil lewa masyarakat setempat punca virus...

Aplikasi Bolehkan Pelanggan Sewa...

SATU aplikasi yang membolehkan orang ramai menyewa patung seks pada harga RM200 sehari,...

Raja Perlis Berkenan Menerima Menghadap Muhyiddin

ARAU – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Istana Arau hari ini.

Turut berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir pada majlis sembah menghadap itu adalah anakanda baginda, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah, Puteri Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Dalam pertemuan itu Muhyiddin mempersembah maklumkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan, ekonomi serta perkembangan terkini negara terutamanya berkaitan penularan wabak COVID-19 dan program vaksinasi kebangsaan yang sedang dijalankan.

Perdana menteri kemudiannya mengiringi Raja Perlis dan Raja Muda Perlis untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri Arau di sini.

Usai solat Jumaat, Muhyiddin yang dalam lawatan kerja sehari ke Perlis, dijadual melawat ke Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Kampung Gial, Kangar, sebelum pulang ke ibu negara. – BERNAMA

Kategori