Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PM Bawa Isu Rohingya...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak akan membawa isu berkaitan etnik...

Nik Abduh Tegur D’Herbs...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menegur usahawan produk kecantikan dan...

Operasi Tangkap Anjing Liar:...

Petaling Jaya : Lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di...

Pekerja HKL Dikecam, Bersikap...

KEJADIAN yang berlaku di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ini pasti membuatkan anda 'panas'.Baru-baru...

Raja Bomoh Nak Bertanding Dalam PRU14

‘RAJA Bomoh’ atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin dijangka bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Lapor Harian Metro, individu yang didakwa pernah menampar buaya itu berkemungkinan akan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Teluk Intan dan DUN Manjoi.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pembantunya, Ibrahim akan mengadakan sidang media pada jam dua petang esok di sebuah hotel di Ipoh, Perak dan beliau sendiri akan hadir pada sidang media tersebut.

Kenyataan itu juga mewajibkan semua wartawan yang hadir perlu menunjukkan kad media bagi memastikan hanya wartawan sahaja yang dibenarkan berada di majlis itu.

Pada April tahun lalu, Ibrahim mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan atas pertuduhan menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.


Dia memohon maaf kepada semua umat Islam dan mengaku bahawa semua perbuatan ritual perbomohannya merupakan kesalahan dan menyalahi akidah.

Mahkamah kemudian mengarahkan beliau berkelakuan baik selama enam bulan, berikutan faktor umur dan keadaan kesihatannya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori