Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bapa Azizulhasni Meninggal Dunia

Kuala Lumpur : Jaguh berbasikal trek kebangsaan, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menerima perkhabaran...

Klinik Gigi Rawat Menantu...

KUALA LUMPUR - Pusat pergigian yang sedang disiasat berhubung kematian menantu Timbalan Perdana...

Penyampai Era, Ira Mohd...

PENYAMPAI radio ERA fm,  Ira Mohd Amin yang memulakan langkah baru dalam hidup...

Axia Terima 39,000 Tempahan...

BESUT - Model terbaharu Perodua, Perodua Axia menerima 39,000 tempahan sejak pelancaran pada...

Ucap ‘I Love U’, Raja Afiq Dedah Siapa Shafira

MUNGKIN sesetengah daripada kita terlalu rapat dengan sepupu sehinggakan boleh berbalas-balas komen romantis antara satu sama lain. *Mungkin.*

Baru-baru ini, beberapa keping gambar mesra di antara pelakon Raja Afiq dan seorang wanita mengundang persoalan, apatah lagi aktor tersebut sering meninggalkan pesanan sweet kepada wanita itu.

Bagaimanapun, pendedahan Raja Afiq kepada mStar Online menafikan bahawa dia mempunyai hubungan istimewa dengan wanita berkenaan. Apa yang pasti, kenyataan tersebut keluar daripada mulut empunya badan sendiri.

“Itu sepupu sayalah, kami memang rapat masa kecil tapi selepas itu terpisah, sekarang baru jumpa dan rapat balik. Nama dia Shafirah, berusia 24 tahun, saya sayang dia macam sayang kakak sahaja.

“Kapsyen I Love You memang saya selalu komen untuk ahli keluarga yang rapat. Tak bercinta pun, kalau boleh berkahwin sekali pun bukan dengan sepupu sendiri kerana saya mahu wanita yang tiada kaitan keluarga,” jelasnya.

Raja Afiq turut mengakui dia masih single sejak putus cinta dengan pelakon Anis Al Idrus Oktober tahun lalu.


Anis pula bakal melangsungkan perkahwinan Julai ini dengan jejaka pilihannya, Aiman Rafzan.

Dalam pada itu, Raja Afiq turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan Anis dan pasangannya itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori