Raja Abdullah Tawar Kuda Jantan Kepada Najib – Anifah

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menolak tawaran Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al Saud, yang berhasrat menghadiahkan seekor kuda jantan Arab kepadanya.

Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, selaku saksi keenam pembelaan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, Najib dengan sopan menolak tawaran itu kerana tidak menunggang kuda.

“Ketika kami meninggalkan Istana Raja Abdullah selepas mesyuarat tidak rasmi pada 11 Januari 2010, Najib melihat dan mengagumi lukisan kuda jantan Arab di sepanjang laluan keluar istana.

“Raja Abdullah mengambil maklum pujian itu dan menawarkan kepada Perdana Menteri (ketika itu) salah seekor kuda Arab jantan yang dimilikinya.

“Tawaran begitu dengan jelas menunjukkan hubungan rapat antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi,” katanya pada perbicaraan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Najib. – BH Online

Loading...