Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anak Sulung Nora Bertunang...

TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi terkenal Nora Ariffin, dan komposer, Johan Nawawi yang akan...

Pemansuhan GST Adalah Muktamad...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini menegaskan cadangan memansuhkan...

Tiada Pindaan Rancangan Pengeluaran...

PETALING JAYA : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan bahawa tiada pindaan dirancang...

Presiden Korea Selatan Tiba...

SEPANG - Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in tiba di sini hari ini untuk...

Rahman Dahlan, Bung Moktar Berdamai Demi PRN Sabah

SHAH ALAM – Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan perselisihan pendapat di antara Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dapat diselesaikan pagi ini.

Asyraf berkata, pertemuan di antara Abdul Rahman dan Bung Moktar itu dirakamkan di sebuah program parti di Sepanggar, Sabah apabila kedua-dua pemimpin Sabah itu bersalaman sambil disaksikan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, semua pemimpin BN Sabah termasuk Abdul Rahman bersedia mengiktiraf Bung Moktar sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bermula 20 September ini.

“Ya, pagi ini di Sepanggar (Abdul Rahman dan Bung Moktar kembali berdamai). Presiden (UMNO) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah bertemu dengan kepimpinan Sabah dan menegaskan semua dapat mengetepikan perselisihan lampau dan memberi fokus menghadapi PRN Sabah,” katanya.

Terdahulu, seramai 12 Ketua Bahagian UMNO Sabah diketuai Abdul Rahman dan sekumpulan pemimpin parti itu membantah pelantikan Bung Moktar sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya parti itu untuk PRN bulan ini.

Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO bahagian Tuaran berkata, pemimpin yang menjadi Pengarah Jentera Pilihan Raya perlu bebas daripada persepsi negatif dan tidak dibebankan dengan masalah peribadi yang boleh menjejaskan sokongan pengundi namun Bung Moktar mengambil sikap berdiam diri.

Bung Moktar dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette A Samad, kini berhadapan perbicaraan kes rasuah di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur.


Senario melibatkan kem BN itu menyebabkan parti mengalami pergolakan di Sabah dan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemerhati politik bahawa mereka akan tumbang akibat percakaran dan perbalahan sesama sendiri.

Sementara itu, Asyraf berkata, Ahmad Zahid sewaktu pertemuan itu menegaskan kekuatan UMNO dan BN selama ini kerana khidmat kepada rakyat yang dilakukan secara ikhlas dan bersungguh-sungguh.

“Justeru Presiden (Ahmad Zahid) menasihatkan jangan dipersiakan harapan rakyat untuk UMNO dan BN kembali membela nasib mereka dengan mengenepikan sebarang perbezaan yang ada,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid dipetik berkata, tiada krisis antara Bung Mokhtar dengan Abdul Rahman tetapi lebih kepada perbezaan pendapat dalam keluarga.

“Tidak ada krisis sebenarnya, ini hanya seperti berkocaknya air di dalam cawan. Itu hanyalah masalah adik beradik. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan,” kata Ahmad Zahid. – Sinar Harian

Kategori