Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KPT Akan Bantu Pulih...

BESUT - Kementerian Pendidikan Tingggi (KPT) bersedia membantu kerajaan negeri Terengganu memulihkan Taman...

6,292 Orang Berjaya Ditempatkan...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjaya menempatkan seramai 6,292 orang kembali...

Persepsi Keluarga Miskin Anak...

ANDAIAN mengatakan golongan miskin mempunyai bilangan anak yang ramai adalah tidak benar kerana...

‘Neraka’ Remaja Di Pusat...

DHAKA - Remaja bawah umur semuda 13 tahun yang dijual kepada pusat pelacuran...

Rafizi Sah Bertanding Jawatan Timbalan Presiden PKR

PETALING JAYA – Naib Presiden PKR Rafizi Ramli sah bertanding jawatan timbalan presiden parti itu apabila wakilnya menghantar borang pencalonan bagi Pemilihan PKR 2018.

Borang pencalonannya dihantar kira-kira 11.30 pagi ini.

Sementara itu, Naib Presiden PKR yang juga Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh menghantar borang pencalonan untuk bertanding jawatan ketua Wanita kira-kira 12 tengah hari.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Ismail Yusof sehingga tengah hari ini, dua borang pencalonan bagi jawatan naib presiden diterima iaitu daripada Anggota Parlimen Selayang, William Leong dan bekas ahli majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya Micheal Tamil.

Sebanyak 22 borang pencalonan diterima bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang menawarkan 20 jawatan. – BERNAMA

Kategori