Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anak Gajah Ditemukan Maut...

IPOH - Seekor anak gajah berusia dua tahun ditemukan maut dan berlumuran darah...

Tan Sri Tunku Sallehuddin...

ALOR SETAR - Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, dimasyhurkan sebagai...

Tiada Pemimpin Dalam PH...

SEPANG – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa tiada pemimpin dalam...

Vivian Lee Letak Semua...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa bekas teman wanita kepada...

Rafizi Pun ‘Sekat’ Akaun Twitter Tunku Azizah

ALAHAI… Bukan sesuatu yang pelik apabila Rafizi Ramli bertindak sekat akaun Twitter penyokong parti lawan yang kerap melakukan provokasi dalam susur masa akaun beliau atas sebab politik.

Bagaimanapun, berlaku keadaan amat mengejutkan apabila Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sendiri turut jadi mangsa apabila disekat oleh pemimpin PKR itu menerusi laman sosial berkenaan.

Perkara pelik tersebut kemudian didedahkan oleh baginda melalui hantaran dalam akaun Twitter atas nama Azizah Mahmood Iskandar semalam sebelum status berkenaan tular pula dalam kalangan pengguna media sosial tempatan.

“Saya tidak ikut politik dan tidak follow (ikut) Rafizi, semalam saya saja hendak baca tweet (kicauan) Rafizi, terperanjat saya kerana dia block (sekat) saya. Kenapa? Pelik sungguh!” titah baginda lagi dalam nada sindiran.

Hantaran bersahaja Tunku Azizah itu malahan mendapat sehingga 114 maklum balas daripada netizen selain sebanyak 793 retweet (ulang ciapan) dan kira-kira 976 like (tanda suka) setakat laporan ini ditulis jam 3 petang.


Antara yang turut berpeluang balas hantaran baginda ialah Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sambil beliau berharap agar baginda akan dapat bersabar dengan pelbagai kerenah aneh daripada Rafizi itu.

“Bersabarlah tuanku. Saya pun biasa kena. Geng-geng hati tisu ni,” kata beliau dalam nada sinis. Rata-rata netizen menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan Rafizi itu dan ada juga yang berkongsi `masalah’ serupa turut disekat.

Tidak kurang juga perli tindakan Rafizi itu kemungkinan besar kerana kecewa apabila kalah tipis kepada Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dalam pemilihan jawatan parti sebagai Timbalan Presiden PKR. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori