Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aliran Trafik Ke Timur,...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik menghala ke Timur dan Utara dilaporkan perlahan dan...

LRA Tualang 2 Manfaatkan...

Kuala Krai : Loji Rawatan Air (LRA) Tualang 2 mampu menampung keperluan 5,000...

Malaysia Terima Ubat Antiviral...

KUALA LUMPUR : Malaysia akan menerima ubat antiviral COVID-19 pada bulan April atau...

EU Perlu Haramkan Mentega,...

TELUK INTAN - Kesatuan Eropah (EU) perlu mengharamkan mentega dan bukannya minyak sawit...

Rafizi Mengaku Dedah Rasuah Seks Kerajaan Selangor

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengaku beliau yang mendedahkan tentang amalan rasuah seks yang didakwa sedang berlaku dalam kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di media sosial.

Malah, katanya, satu laporan berdasarkan segala maklumat yang beliau peroleh tentang gejala rasuah seks itu akan diserahkan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk mendapatkan nasihat dan arahan lanjut.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR mendakwa perlu berbuat demikian kononnya dengan niat baik kerana mahu pimpinan partinya lebih peka dan sensitif kepada sebarang tuduhan rasuah atau salah laku melibatkan anggota parti itu.

“Saya boleh mengesahkan bahawa mesej itu ditulis oleh saya dan perbualan itu adalah dalam satu kumpulan WhatsApp tertutup yang dianggotai oleh anggota PKR.

“Saya memang ada didatangi beberapa individu sebelum ini yang melahirkan kebimbangan mereka mengenai beberapa isu bersabit amanah dan tata kelola secara umum. Mereka memberi beberapa contoh tuduhan salah laku yang mereka minta saya siasat dengan lebih lanjut,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR hari ini menuduh pihak yang mendedahkan berlaku gejala rasuah seks dalam kerajaan Selangor di media sosial sebagai bacul kerana kononnya melemparkan fitnah ke atas kerajaan Selangor pimpinannya.

Dakwa Mohamed Azmin, maklumat yang didedahkan dalam kumpulan WhatsApp Solidariti For Anwar itu kononnya satu kempen fitnah yang terancang terhadap kerajaan Selangor.


Rafizi dalam pada itu menjelaskan, beliau mendedahkan perkara itu melalui WhatsApp kepada Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin secara peribadi lebih sebulan lalu kerana Zuraida lebih rapat dengan akar umbi PKR di Selangor sebelum ia bocor kepada umum.

“Walaupun tidak enak membicarakan tuduhan salah laku terhadap anggota atau pimpinan PKR sebegini, saya selalu menegaskan bahawa penyakit tamak dan korupsi ini tidak mengenal sempadan atau parti.

“Saya faham anggota dan pimpinan PKR yang berjawatan dengan Kerajaan Selangor selalu terdedah kepada risiko amalan rasuah yang masih lagi berakar umbi,” katanya.

Tegasnya lagi, perkara itu akan dikendalikan secara dalaman mengikut proses yang ditetapkan oleh perlembagaan PKR. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori