Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mangsa Kren Tumbang Di...

HIKMAH di sebalik insiden menyedihkan berlaku di Makkah pada Jumaat lalu, Raja Arab...

Tindakan Tun M Sertai...

SERDANG - Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan penyertaan Tun Dr. Mahathir Mohamad  bersama-sama...

Lelaki Ditahan 20 Minit...

TAIPING - Seorang lelaki bertindak gila melarikan sebuah kenderaan peronda (MPV) milik ibu...

Pewangi Keluaran Moschino Yang...

MOSCHINO, satu jenama mewah telah mengeluarkan pewangi terbaru untuk musim perayaan Krismas ini...

Rafizi Dakwa PH Menang Bukan Sebab Mahathir

PERANG tersembunyi antara kem menyokong Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan kem Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berlangsung di sebalik tabir semasa kerajaan baharu sedang mula menjalankan tugas.

Di peringkat bawah, termasuk di media sosial, penyokong dan sesetengah tentera siber kedua-dua tokoh berlumba menampakkan tokoh sanjungan mereka yang sebenarnya memimpin Pakatan Harapan (PH).

Mereka juga berlumba membuktikan yang pemimpin sanjungan merekalah faktor kemenangan PH dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Rafizi Ramli, orang kuat di belakang Anwar baru-baru ini mengatakan Mahathir bukan faktor kemenangan PH dalam PRU14, tetapi rakyat didorong oleh kos sara hidup dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Kenyataan Rafizi ini menolak dakwaan ramai yang mengatakan faktor kepimpinan Mahathir sebagai penentu kemenangan gabungan PH.

Menurut Rafizi, tinjauan pendapat oleh Invoke itu diadakan selepas pilihan raya umum lebih dua minggu lalu.

Katanya dalam satu wawancara, rakyat lebih terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi dan penolakan terhadap GST berbanding faktor lain.

Kenyataan mengkritik Mahathir ini boleh dilihat sebagai satu usaha secara senyap oleh Rafizi untuk mengurangkan kekuatan Perdana Menteri yang sedang mengepalai kerajaan baharu.

Ia juga sebagai persediaan untuk mempercepatkan transisi jawatan perdana menteri daripada Mahathir kepada Anwar seperti yang telah dipersetujui.

Ini mungkin ekoran sokongan sangat kuat kepada Mahathir sejak beliau menjawat jawatan perdana menteri hingga melupakan Anwar.

Kempen di media sosial juga mengangkat Mahathir sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat, merendah diri dan sangat berkemampuan.

Malah, semakin ramai yang menyuarakan hasrat supaya Mahathir memegang jawatan perdana menteri lebih lama, atau terus kekal selama sepenggal.


Pada masa yang sama, kredibiliti Anwar pula sedikit tercalar apabila timbul isu beliau menaiki jet milik kerajaan bersama anak-anak dan gambar beliau sekeluarga dipamerkan di media sosial.

Penyokong kuat Mahathir dengan pantas memberikan respons kepada kenyataan Rafizi ini, yang sememangnya dianggap sebagai satu taktik kotor.

Mereka menggangap Rafizi memalsukan data dalam usaha membela Anwar dan memburukkan imej Mahathir.

Kepimpinan Mahathir tetap dianggap sebagai faktor oleh mereka, dan mereka melihat isu-isu yang dikatakan menjadi penentu itu menjadi berkesan kerana dibawa oleh Mahathir.

Bagi mereka, Anwar dianggap terburu-buru, gila kuasa dan cuba mencari jalan lain untuk segera memintas Mahathir.

Anwar dikatakan sedang membina sokongan dari bawah hingga di peringkat pemimpin-pemimpin di dalam dan luar negara.

Kenyataan Rafizi menolak faktor Mahathir ini memanaskan lagi suasana perang secara secara senyap antara kem Mahathir dengan Anwar.

Selepas berakhir pertempuran PRU14, pertempuran baru dalam merebut kepimpinan negara baru bermula antara dua kumpulan besar ini. – Mynewshub.cc

Kategori