Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

TPM Makan Tengah Hari...

JOHOR BAHRU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Wakaf Hartanah Tidak Boleh...

BAGAN DATUK - Umat Islam di negara ini yang berhasrat mewakafkan tanah dan...

Sinar Harian Atau Sinar...

KUALA LUMPUR - Sinar Harian terus diselubungi kontroversi menyokong gabungan pembangkang Pakatan Harapan...

Covid-19: Satu Peringatan Agar...

BERAKHIR sudah tahun 2020, satu tahun yang perjalanannya umpama terpadam dalam kamus hidup sebahagian besar kita.

Racun Disangka Minyak Bayi – Siti Aisyah

PETALING JAYA – Suspek wanita Indonesia dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, Siti Aisyah mendakwa dia diupah oleh dua lelaki untuk melakukan ‘gurauan’ terhadap mangsa.

Timbalan Duta Indonesia ke Malaysia, Andreano Erwin berkata, Siti Aisyah mendakwa, dua lelaki berkenaan yang dinamakan sebagai James dan Chan, memiliki paras rupa seperti rakyat Korea atau Jepun.

Andreano yang dibenarkan bertemu Siti Aisyah selama setengah jam di lokap balai polis Cyberjaya pada Sabtu, berkata, suspek dibayar sebanyak RM400 untuk melakukan aksi tersebut sebagai sebahagian program realiti di Malaysia.

Beliau berkata, Siti Aisyah mendakwa dia tidak tahu jenis cecari yang diberikan dan menyangka cecair itu merupakan minyak bayi.

Mengulas tentang hubungan Siti Aisyah dan suspek warga Vietnam, Doan Thi Huong, Andreano berkata, wanita tersebut mengakui tidak mengenalinya.

“Siti Aisyah berada dalam keadaan sihat,” kata beliau sambil menambah pihak kedutaan menunggu perkembangan lanjut siasatan polis.


Jong-nam, 45, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu ketika menunggu penerbangan ke Macau. – mStar Online

Kategori