Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Mati Ditetak, Sepasang...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga tempatan mati akibat ditetak di sebuah restoran...

Lelaki Bela Harimau Di...

TALLAHASSEE, Amerika Syarikat – Seorang lelaki membela enam ekor harimau dan dua ekor...

Nyanyi FAM Bangsat Sebab...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pemuda PAS yang kini menyertai Parti Amanah Negara...

TUDM Tubuh Pasukan Menilai...

BANGKOK – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menubuhkan satu pasukan teknikal bagi...

Qatar Airways Dianugerah Pesawat Kargo Terbaik

DOHA – Sempena persidangan dan pameran tahunan perdagangan industri penghantar barangan udara, Qatar Airways Cargo dinobatkan penerima anugerah “Global Cargo Airline of the Year” yang berlangsung di Johannesburg, lapor agensi berita Qatar (QNA).

Anugerah itu sebagai pengiktirafan di atas kejayaan Qatar Airways Cargo dalam industri penghantar barangan udara.

Penerbangan kargo itu dicalonkan dan diundi pembaca STAT Times menerusi undian dalam talian dan berjaya menewasakan lima lagi calon.

Ketua Pegawai Qatar Airways Cargo Ulrich Ogiermann berkata, “Tiga pendekatan digunakan pakai iaitu kadar bayaran, kebolehpercayaan dan hubungan menjadi pegangan utama perniagaan kami. Kami berbangga dengan pelanggan dan terima kasih kerana memberikan kepercayaan terhadap perkhidmatan kami.”

“Bermula dengan hanya tiga pesawat pada 2003 kami telah mengorak langkah sehingga kini dengan menduduki tempat ketiga dalam Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) untuk kategori penghantar barangan udara,” katanya. – BERNAMA

Kategori