Qatar Airways Beri 10,000 Tiket Percuma Untuk ‘Frontliners’

DOHA – Qatar Airways menawarkan 100,000 tiket percuma kepada profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia sebagai menghargai jasa dan pengorbanan dalam membantu merawat pesakit yang dijangkiti koronavirus (Covid-19).

“Profesional penjagaan kesihatan di setiap negara di dunia layak mendapat tiket percuma ini,” umum syarikat penerbangan berkenaan dalam satu kenyataan pada Isnin lapor agensi berita Anadolu.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Tawaran akan dibuka pada 12 hingga 18 Mei dan pendaftaran boleh dibuat di laman web qatarairways.com/ThankYouHeroes.

“Mereka yang menerima kod promosi boleh menempah sehingga dua tiket pergi balik kelas ekonomi secara percuma untuk penerbangan yang dikendalikan Qatar Airways ke mana sahaja di rangkaian global syarikat penerbangan ini,” tambah kenyataan itu.

Qatar Airways akan kembali membuka semula operasi tidak lama lagi selepas ditangguhkan sementara kerana wabak Covid-19.

Loading...