Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Real Bangkit Daripada Ketinggalan...

MADRID - Cristiano Ronaldo meledak gol membantu Real Madrid bangkit daripada ketinggalan sebelum...

Pelan Induk Pembangunan Pacu...

KUALA LUMPUR – Pelan induk pembangunan selatan Perak bagi tempoh 20 tahun, Wilayah...

Stail Gaun Terbaharu Anna,...

PIHAK Disney nampaknya mula mendedahkan beberapa imej terbaharu animasi paling hangat, Frozen kepada khayalak...

Istana Kelantan Murka Penyebaran...

KUALA LUMPUR - Pengumumam terbaru Istana Kelantan agar rakyat tidak mudah mempercayai maklumat...

Qari Malaysia Juarai Tilawah Antarabangsa Di Kuwait

MESKIPUN bergelar naib johan dalam Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan 2018/1439H yang berlangsung awal bulan ini, Azraie Abdul Hak tidak menghampakan Malaysia.

Ia terbukti apabila qari dari Melaka itu berjaya harum nama negara setelah dinobatkan sebagai Johan Musabaqah Tahfiz, Tilawah dan Qiraat al-Quran Kuwait Peringkat Antarabangsa Kali Kesembilan yang berakhir semalam.

Azraie malahan mampu meraih markah tertinggi iaitu 96 peratus dalam kalangan 120 peserta terbaik dari 76 buah negara termasuk rantau Timur Tengah yang hadir mengambil bahagian dalam pertandingan tahunan tersebut.

Kemenangan bergaya wakil Malaysia itu turut membolehkan beliau membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak 5,000 dinar Kuwait (RM65,000), sijil penghargaan dan cenderamata pertandingan berkenaan.

Menurut Azraie ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, beliau melahirkan perasaan syukur kerana tidak menyangka mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu.

Katanya, tilawah berkenaan disifatkan amat mencabar kerana sekiranya berlaku kesilapan bacaan, barisan hakim akan terus potong markah dengan serta-merta sekali gus langsung terkeluar daripada senarai pemenang.

“Setiap peserta diberikan satu halaman ayat al-Quran sahaja dan perlu membacanya dalam tempoh hanya lapan minit. Ini bermaksud peserta tidak boleh membaca dengan tempo yang terlampau laju atau terlalu perlahan.

“Jika peserta tersebut baca kurang atau lebih daripada masa lapan minit ditetapkan, juri akan memotong markah. Selain itu, kami tidak boleh salah dalam bacaan kerana secara tidak langsung akan disingkirkan,” kata Azraie.


Beliau berkata, pada pertandingan yang berlangsung dari 10 April sehingga semalam itu, rezeki sangat memihak kepada dirinya apabila mendapat perbezaan satu markah tinggi, manakala peserta dari Iran meraih 95 peratus.

Kali terakhir Malaysia menang dalam pertandingan ini ialah pada 2016 lalu melalui penyertaan rakan beliau sendiri, Abdul Khair Jalil. Hadiah pemenang disampaikan oleh Emir Kuwait, Sheikh Sabah Al Ahmad Al Jaber Al Sabah.

“Saya sebenarnya sudah tiga kali pernah menyertai pertandingan tilawah yang bertaraf antarabangsa, tetapi kali ini boleh dianggap sebagai paling susah kerana kaedah penghakiman setiap peserta diakui memang amat teliti.

“Malah pertandingan ini juga mencabar kerana rata-rata pesertanya pernah mendapat tempat johan sebelum ini dan terdapat kalangan mereka merupakan tokoh tilawah tersohor,” kata Azraie. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori