Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nazri Usul Gantung Keanggotaan...

KUALA LUMPUR - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz...

4 Langkah Tambahan Bantu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan merangka empat langkah tambahan untuk membantu rakyat dan...

Pasukan Sorak KL2017 Gamatkan...

KUALA LUMPUR - "Go go go go go go go Malaysia go!...Walau menang...

MKN Sabah Hantar Pulang...

SANDAKAN - Seramai 21,514 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina, Indonesia dan...

Putrajaya, Jasin Dan Rembau Kini Zon Merah COVID-19

PUTRAJAYA – Putrajaya, Jasin dan Rembau kini dikategorikan sebagai kawasan zon merah penularan COVID-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan zon merah sebanyak 21 kawasan berbanding sebelum ini 18 kawasan.

Infografik yang yang dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) mendedahkan Putrajaya sehingga jam 6 petang semalam mencatatkan 41 kes, manakala Jasin (42) dan Rembau (41).

Sesebuah kawasan boleh dikategorikan sebagai zon merah apabila ia mencatatkan lebih 41 kes.

Sebelum ini, Putrajaya merekodkan 37 kes, Jasin sebanyak 38 kes dan Rembau sebanyak 40 kes.

Kawasan zon merah lain adalah Petaling yang merekodkan 296 kes, Hulu Langat (324), Gombak (110), Klang (112), Seremban (162), Batu Pahat (47), Johor Bahru (145), Kluang (170), Jerantut (61), Kota Bharu (82), Hilir Perak (65), Kinta (87), Kuching (174) dan Tawau (67).


Selain itu, bagi kawasan yang dikategorikan sebagai zon jingga pula ialah Kuala Selangor dengan 30 kes, Sepang (39), Kuala Langat (22), Hulu Selangor (27), Alor Gajah (25), Melaka Tengah (33), Kulai (24), Muar (30), Kuantan (36), Pekan (23), Besut (29), Dungun (27).

Turut dikategorikan zon jingga ialah Kota Setar (24), Kuala Muda (33), Seberang Perai Tengah (37), Timur Laut (27), Kota Samarahan (36), Kota Kinabalu (34) dan Lahad Datu (38).

Bagi zon hijau pula sebanyak 28 kawasan masih mengekalkan tiada kes sehingga ini iaitu tiga di semenanjung dan kawasan lain di Sabah dan Sarawak. – BH Online

Kategori