Putrajaya Digegar Gempa Bumi

GEGARAN dirasai di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur, sebahagian Selangor, Pulau Pinang dan Perak pada petang tadi susulan gempa bumi sederhana yang berlaku di utara Sumatera, Indonesia.

Menurut hantaran Jabatan Meteorologi Malaysia di laman rasmi Facebook jabatan itu, kejadian gempa bumi berukuran 5.2 skala Ritcher itu berlaku pada jam 4.20 petang di kedudukan 27 kilometer (km) Tenggara dari Padang Sidempuan, Indonesia pada kedalaman 10 km.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Beberapa penduduk di Putrajaya membuat hantaran di laman sosial seperti Twitter melaporkan mengalami rasa goyang di kediaman mereka susulan gempa yang berlaku.

Loading...