Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Idris, Nor Azman Sedia...

MELAKA - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris...

Pemimpin KRT Berperanan Kukuh...

KANGAR - Pemimpin Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Perlis, diseru agar meningkatkan peranan...

Tiub Pitot Mungkin Punca...

MOSCOW - Pakar Russia yang melakukan siasatan terhadap pesawat yang terhempas di luar...

KPDNKK Rampas Komputer Riba,...

LUMUT - Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan...

Puting Beliung Badai Jawa Barat , 16 Cedera

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 16 orang cedera, manakala beratus-ratus buah kediaman rosak selepas puting beliung melanda wilayah Jawa Barat di barat Indonesia, lapor agensi bencana negara ini semalam.

Bencana alam tersebut telah memusnahkan lebih 371 buah kediaman di perkampungan Jelagong dalam daerah Bandung hingga menyebabkan penduduk lari menyelamatkan diri, kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho kepada agensi be­rita Xinhua.

“Skala impak bencana itu kelihatan semakin meluas ketika penilaian risiko mula dijalankan,” katanya.

Beberapa buah khemah sementara te­lah didirikan untuk menempatkan mang­sa, tambahnya tanpa memberikan jumlah sebenar penduduk kampung yang dipindahkan.

Khemah, kain tarpaulin, air bersih dan makanan adalah antara keperluan utama mangsa bencana buat masa ini, tegas Sutopo.

Indonesia kerap dilanda puting beliung, fenomena cuaca yang membentuk pusaran angin menegak dihasilkan akibat pergolakan dan ketidakstabilan udara, susulan peningkatan suhu serta kecerunan aliran angin. – BERNAMA

Kategori