Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Tunku Ismail Lawat Markas...

SINGAPURA - Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku...

Siti Sarah Bengang Kena...

BUDAYA fitnah dekat Malaysia ni lama-kelamaan kita tengok dah macam terbiasa je. Macam...

Persoal Keputusan Kaji Selidik...

KLANG - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Klang, Charles Santiago mempersoalkan hasil kaji...

Pelbagai Insentif Kurangkan Beban...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan...

Putik Kapas, Straw Plastik Akan Diharamkan Di UK

PUTIK kapas, alat mengacau bahan dan straw plastik akan dilarang di England susulan langkah kerajaan negara itu untuk meningkatkan usaha mengurangkan bahan buangan berasaskan plastik.

Perdana Menteri, Theresa May membentangkan perkara itu pada mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel di London di mana beliau juga mendapatkan sokongan untuk menangani isu pencemaran yang berpunca daripada plastik.

Larangan yang dijangka berkuat kuasa pada awal tahun depan bermatlamat untuk melindungi sungai dan laut.

Item berasaskan plastik boleh memberi kesan terhadap pencemaran dan ada kalanya ia gagal diguna pakai dengan betul.

Kajian yang dijalankan mendapati kira-kira 8.5 bilion straw plastik dibuang di seluruh negara itu setiap tahun.


Perdana Menteri itu menganggap item seperti itu adalah antara cabaran alam sekitar paling getir dihadapi dunia ketika ini.

Dianggarkan sekurang-kurangnya 150 juta tan plastik di lautan yang boleh mengakibatkan kematian berjuta-juta burung dan lebih 100,000 mamalia laut setiap tahun. – Unilad.co.uk/mStar Online

Kategori