Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

PRU14: UMNO Semporna Sedia...

SEMPORNA - UMNO Bahagian Semporna bersedia menggerakkan jentera teknologi maklumat (IT) dengan menumpukan...

Kuala Krai Catat Bacaan...

KOTA BHARU - Kuala Krai mencatat bacaan suhu tertinggi di Kelantan iaitu 36...

Najib Manusia Biasa, Tidak...

SEREMBAN - Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Senator Datuk Seri Syed Ibrahim...

Jenazah Dr Fadi Selamat...

KUALA LUMPUR — Jenazah Imam Palestin, Dr. Fadi Mohammed Al Batsh yang diterbangkan...

Putera Naruhito Dilantik Maharaja Jepun Ke-126

TOKYO – Putera Naruhito yang dimasyhurkan sebagai Maharaja Jepun yang baharu mengharapkan dunia sentiasa aman dan bahagia.

Pemasyuran Putera Naruhito sebagai Maharaja Jepun berlangsung pada hari ini.

Beliau mewarisi takhta daripada ayahnya, Putera Akihito yang melepaskan takhta semalam.

Berikutan pelantikan Putera Naruhito, bermulalah era diraja ‘Reiwa’ yang membawa maksud perintah dan harmoni yang bermula pada tengah malam waktu Jepun sehingga berakhirnya takhta tersebut.

Bapanya, Putera Akihito berusia 85 tahun berundur semalam dan menyerahkan takhta kepada Naruhito yang bakal meneruskan pemerintahan beraja yang tertua di dunia.

Dalam ucapan ringkasnya Naruhito mahu kebahagiaan rakyat terus terpelihara dan pembangunan negara dan keamanan dunia kekal.

Dengan nada sebak, Naruhito, 59, juga meluahkan tanda penghargaan kepada ayahnya ketika menyentuh mengenai perkhidmatannya kepada negara dan rakyat.

“Ayah saya sentiasa berkhidmat kepada rakyat Jepun dan mencapai satu tahap terbaik sebagai maharaja,” kata beliau.

Pada hari pertama permulaan era Reiwa, Maharaja Naruhito mengambil bahagian dalam beberapa program yang telah diaturkan institusi tersebut.

Naruhito merupakan Maharaja Jepun yang ke-126 dan graduan Universiti Oxford dan diangkat sebagai Putera Mahkota pada usia 28 tahun.


Beliau kemudian bertemu dengan Masako Owada di sebuah majlis jamuan petang pada 1986 sebelum berkahwin pada 1993.

Majlis terpenting yang dihadiri beliau sejurus selepas pemasyuran ialah Kenji-to-Shokei-no-gi atau majlis mewarisi Imperial Regalia dan Seals yang bermula pukuk 10.15 pagi waktu tempatan.

Walaupun pelantikan Naruhito sebagai maharaja berkuatkuasa tengah malam,namun majlis Kenji-to-Shokei-no-gi adalah acara rasmi pemasyurannya.

Golongan wanita kerabat diraja Jepun dilarang menghadiri majlis tersebut maka Masako, dan juga Isteri Maharaja Naruhito, iaitu Maharani Masako tidak menyertai upacara tersebut.

Naruhito dipersembahkan dengan dua objek penting iaitu replika pedang dan permata yang diturunkan melalui generasi Kaiser dan dilihat sebagai simbol kekuasaan imperialis.

Satu lagi objek tambahan dipersembahkan iaitu sebuah cermin dengan tiga bentuk.

Cermin itu dianggap khazanah warisan paling berharga dipercayai disimpan di Kuil Grand Ise di wilayah Mie, yang mengikut kepercayaan Jepun tidak pernah meninggalkan tempat berehatnya. – Agensi

Kategori