Putera Kedua TMJ Dinamakan Tunku Abu Bakar Ibrahim

JOHOR BAHRU – Putera kedua Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diberikan nama Tunku Abu Bakar Ibrahim.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, pihaknya suka cita mengumumkan bahawa nama itu diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Takzim dengan telek pandang dan limpah perkenan Tuanku dan dengan persekutuan Jumaah Majlis Diraja menamakan putera dan waris Tunku Mahkota Johor seperti berikut, Tunku Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Isteri Tunku Ismail, Che Puan Khaleeda Bustamam, selamat melahirkan putera kedua di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada 17 Julai lalu.

Pasangan diraja itu mempunyai puteri sulung, Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang lahir pada Jun tahun 2016 dan putera pertama yang juga pewaris takhta Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang diputerakan pada Oktober 2017. – K! ONLINE

Loading...