Putera Charles Positif Covid-19

LONDON – Pewaris takhta Britain, Putera Charles disahkan positif koronavirus (Covid-19), menurut kenyataan rasmi dari Clarence House, kediaman rasmi Prince of Wales dan Duchess of Cornwall hari ini.

Charles, 71, menunjukkan gejala ringan Covid-19 pada Ahad dan menjalani saringan keesokan harinya.

Keputusan ujian lewat malam semalam mengesahkan beliau positif, sementara pasangannya Camilia, Duchess of Cornwall disahkan negatif.

“Kesihatan Charles dalam keadaan baik dan kini menjalani kuarantin sendiri di Scotaland,” menurut kenyataan itu. – Agensi

Loading...